awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: MAS sentiasa telus dalam penyebaran maklumat kepada waris - Najmuddin

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2015
14:12 MYT
MH370: MAS sentiasa telus dalam penyebaran maklumat kepada waris - Najmuddin
NAJMUDDIN: Waris telah dihubungi sebelum pengumuman dibuat oleh DCA pada 29 Januari. -Foto Astro AWANI
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akan sentiasa bersikap profesional dan telus dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
Susulan pengumuman Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di mana kesemua 239 penumpang diisytiharkan terkorban, ia menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir waris dan keluarga mangsa MH370 terutama mengenai pengurusan komunikasi, penyampaian maklumat kepada keluarga mangsa.
Ketua Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah dalam Buletin Awani 7.45 berkata, syarikat penerbangan itu telah menghubungi kesemua waris sebelum pengumuman dibuat oleh pihak DCA pada 29 Januari.
“Persepsi waris tidak dihubungi mungkin berlaku kerana beranggapan media telah mengetahui terlebih dahulu tentang isu kandungan yang akan diumumkan oleh DCA pada hari tersebut kerana pihak media telah dimaklumkan terlebih awal tentang adanya sidang media,” kata Najmuddin.
Beliau menjelaskan maklumat yang diberikan kepada pihak media adalah untuk menghadiri sidang media dan bukannya tentang kandungan yang akan diumumkan oleh DCA.
Najmuddin turut menggesa semua pihak agar dapat menghormati para waris dan tidak cuba untuk mengada-adakan perkara yang tidak ada.
“Ia agar mereka lebih mudah untuk menerima tentang apa yang akan diumumkan oleh DCA,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#DCA
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#Najmuddin Abdullah
#pesawat
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan