SUBANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) berusaha sedaya upaya mendapatkan kelulusan daripada Kabinet secepat mungkin bagi menandatangani kontrak baharu bersama syarikat Ocean Infinity untuk menyambung pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014.
Jaminan itu diberikan oleh menterinya, Anthony Loke Siew Fook menjelang 10 tahun kehilangan pesawat malang tersebut, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
“Sebagai menteri yang mewakili kerajaan Malaysia berada di sini hari ini, ia bukan sekadar menyatakan solidariti kami, tetapi ia adalah komitmen dan janji bahawa pencarian akan diteruskan, dan saya berdiri bersama anda.
“Terdapat beberapa kemajuan dalam beberapa penyelidikan dan teknologi baharu yang telah dibentangkan.
“Kami sangat berharap bahawa carian dapat menemukan pesawat itu dan memberikan kebenaran kepada waris,” katanya pada Ahad.
Beliau berucap pada Majlis Memperingati 10 Tahun MH370 di sini hari ini, yang turut dihadiri waris-waris mangsa.
Loke menambah beliau telah mengarahkan kementeriannya untuk menjemput Ocean Infinity ke Malaysia bagi memberi taklimat berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".
Sementara itu, Loke dalam sidang media berkata sebarang obligasi kontrak memerlukan kelulusan Kabinet kerana ia melibatkan implikasi kewangan.
Jelas beliau, kontrak terdahulu bersama Ocean Infinity bagi pencarian MH370 telah ditamatkan pada 2018.
"Jadi sekarang ini adalah cadangan baharu oleh Ocean Infinity, jika kita mulakan dengan cadangan ini berdasarkan polisi "tiada penemuan, tiada bayaran".
"Kami berharap pesawat itu ditemui. Maka, sebaik sahaja pesawat itu ditemui ada implikasi kewangan kepada kerajaan Malaysia.
"Bukannya kita tidak komited dengannya (pencarian), sudah tentu kami komited kepadanya tetapi kami memerlukan Kabinet untuk meluluskan cadangan itu. Tetapi saya amat yakin bahawa kerajaan Malaysia dan Kabinet akan meluluskan cadangan tersebut," ujar beliau.
Katanya lagi, kementerian bersedia untuk berjumpa dengan Ocean Infinity pada bila-bila masa dan syarikat itu sedang memuktamadkan cadangan mereka bagi proses pencarian.
Dalam pada itu, Loke berkata Kerajaan Malaysia akan turut berhubung dengan Kerajaan Australia bagi mendapatkan kerjasama sebaik sahaja Ocean Infinity memuktamadkan cadangan mereka.
Sebelum ini, Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat MAS penerbangan MH370.
Pada 8 Mac 2014, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun dilapor hilang daripada skrin radar dua jam kemudian.
Pada 29 Mei 2018, Ocean Infinity, yang merupakan syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat,
mengesahkan misi pencarian bangkai pesawat MH370 yang hilang telah berakhir.
Ocean Infinity dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menjalankan pencarian dan mengumpul data berkualiti tinggi meliputi kawasan seluas lebih 112,000 kilometer persegi dan berjaya mengatasi keadaan dan kawasan dasar laut yang mencabar.
Hasimi Muhamad
Sun Mar 03 2024
LOKE: Kami sangat berharap bahawa carian dapat (diteruskan) dan memberikan kebenaran kepada waris. - Gambar fail/BERNAMA
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
12 samseng jalanan Taiping ditahan polis
Seramai 12 lelaki ditahan dan 57 buah motosikal disita dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth, dekat batu 5, Changkat Jering di sini pada awal pagi Ahad.
[TERKINI] Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan
Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan pada Ahad.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian
Sedekad sudah berlalu sejak tragedi MH370 dan misteri kehilangan pesawat membawa 239 penumpang yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu terus mencengkam dunia.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
"10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370" - Azharuddin
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu akan dilaksanakan sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.