KUALA LUMPUR: "Sepuluh tahun berlalu, orang ramai masih mempersoalkan dan menyalahkan saya berhubung kehilangan MH370," kata bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
Membincangkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 itu yang terus membingungkan dunia, beliau menjawab tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat tersebut.
Pesawat itu hilang tanpa jejak sebaik berlepas pada awal pagi, 8 Mac 2014, menuju Beijing, mencetuskan misteri gobal yang masih belum dapat dijawab hingga ke hari ini.
Walaupun terdapat pelbagai andaian dan teori oleh pakar penerbangan, sehingga kini persoalan mengenai mengapa pesawat itu berpatah balik ke Semenanjung Malaysia, masih belum terjawab.
Beliau menyifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya dan misteri penerbangan terbesar setakat ini.
Bagi keluarga yang kehilangan insan tersayang, kes itu yang masih belum ada penyelesaian sukar untuk difahami, menimbulkan beban bagi keluarga mangsa dan Azharuddin.
Beliau menyifatkan memori duka itu tetap membelenggunya selaku individu penting yang mengetuai dan menguruskan pencarian pesawat dalam tempoh yang sangat sukar.
CAAM sebelum ini, dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam (DCA), menyelia operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan Azharuddin mengetuai DCA ketika insiden tragis itu berlaku.
Azharuddin berkata masyarakat masih ingin tahu dan sering bertanya kepadanya mengenai misi pencarian yang dijalankan.
Bagaimanapun, sesetengah keluarga masih tidak percaya kepada (CAAM) selepas sedekad, katanya dalam nada sedih.
"Setiap kali saya menghadiri majlis perkahwinan atau aktiviti surau, orang ramai akan bertanya kepada saya apa yang sebenarnya berlaku," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Orang ramai masih mempersoalkan, tiada kepastian
"Berdasarkan cara pesawat itu berpatah balik, terbang ke Pulau Pinang, Langkawi dan Sumatera, kemudian kembali semula, ia sudah pasti dikendalikan oleh juruterbang yang tahu apa yang dilakukannya dan individu yang pernah menerbangkan pesawat Boeing 777 kerana juruterbang mengikut jejak atau laluan penerbangan syarikat penerbangan komersial.
"Tetapi siapakah juruterbang itu, tiada siapa tahu. Adakah beliau Kapten Zaharie Ahmad Shah? Atau adakah individu lain? Sekiranya Zaharie, di manakah pembantu juruterbang?," jelasnya.
Beliau juga berkata pesawat MH370 tidak mempunyai perlindungan seperti peralatan yang menghalang individu yang tidak berkenaan daripada mengawal pesawat itu.
Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan kru meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada hari yang sama, hilang dari skrin radar kira-kira dua jam selepas berlepas.
Dokumentari Netflix berdasarkan andaian
Berikutan itu, Netflix telah menyiarkan siri tiga episod bertajuk, MH370: The Plane that Disappeared yang ditayangkan pada Mac tahun lepas, menampilkan tiga teori termasuk konspirasi sensasi.
Menurut Azharuddin teori yang dibentangkan berdasarkan andaian dan tidak boleh diterima.
"Saya sangat tidak berpuas hati dengan hasil siri itu sehingga saya menulis surat kepada mereka (penerbit) berhubung ketidakpuasan saya.
"Pada mulanya mereka memaklumkan penekanan siri itu adalah berhubung tema kesedihan dan mengadakan temu bual selama lapan jam dengan saya," katanya.
Dokumentari British itu meneroka tiga teori konspirasi yang cuba membongkar misteri menyelubungi kehilangan pesawat malang itu.
Adakah kita dapat menemukan MH370?
Susulan kehilangannya, operasi pencarian besar-besaran melibatkan beberapa negara telah dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat mahupun serpihannya tidak ditemukan.
Malaysia dan sebahagian syarikat antarabangsa telah menjalankan operasi pencarian yang meluas membabitkan 120,000 meter persegi lokasi pencarian melalui udara, permukaan laut dan dasar laut dalam usaha mengesan pesawat yang hilang itu.
Pada 4 Mac 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk membuka semula siasatan kehilangan pesawat MH370 sekiranya terdapat bukti baharu dan kukuh.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi jaminan bahawa kementeriannya komited untuk mendapatkan kelulusan Kabinet bagi memeterai kontrak baharu dengan Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 itu.
Beliau berkata sebaik selesai cadangan Ocean Infinity, Malaysia akan menghubungi kerajaan Australia untuk mendapatkan kerjasama negara itu, memudahkan untuk memulakan pencarian segera.
Ahli keluarga kepada mangsa MH370 masih berharap untuk penyelesaian dan walaupun ketidakpastian masih menyelubungi, mari kita terus optimis bahawa percubaan baharu ini akhirnya akan memberikan keadilan dan jawapan bagi 239 nyawa yang terkorban dan waris mereka yang masih bersedih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.