Vietnam telah membelanjakan sekurang-kurangnya USD$8 juta (RM25.7 juta) bagi usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, iaitu hanya 7 peratus kurang daripada perbelanjaan yang ditanggung Malaysia.

Menurut Time.com yang memetik sumber media, jumlah tersebut bagaimanapun masih belum disahkan oleh pegawai Vietnam.

Malaysia telah menanggung kos RM27.6 juta setakat ini di dalam fasa pertama operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.

Kos Pencarian

Manakala Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak sebanyak USD$11.4 juta atau RM36.6 juta dan China pula setakat ini membelanjakan sekurang-kurangnya USD$100,000 (RM321,000).

Australia pula merupakan yang tertinggi dengan perbelanjaan kos untuk misi pencarian tersebut sebanyak USD43 million atau (RM138 juta).

Menurut Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, sesebuah negara diperlukan untuk membantu pesawat yang menghadapi masalah di dalam wilayahnya, dan negara di mana pesawat itu didaftarkan turut diberikan peluang untuk membantu.

Pada 9 Jun, Datuk Seri Hishammuddin memaklumkan bahawa Malaysia telah menanggung kos RM27.6 juta setakat ini di dalam fasa pertama operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysia itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kos ini adalah untuk keperluan logistik anggota keselamatan negara, dimana sebahagian besarnya dibelanjakan untuk bahan api dan makanan.

Jelasnya kos tersebut digunakan untuk pembiayaan awal bagi menggerakkan aset milik kerajaan Malaysia dan tentera dari segi kos bahan api (minyak), makan dan minum pasukan pencarian.