awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Seabed Constructor kembali teruskan pencarian

Wafa Aula
Wafa Aula
13/02/2018
21:47 MYT
MH370: Seabed Constructor kembali teruskan pencarian
Kapal pencari Seabed Constructor menggunakan dron bawah air berteknologi tinggi menampung pencarian di kawasan baru berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi di Lautan Hindi. - Foto Google Maps.
Kapal Seabed Constructor, yang menjalankan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi, kembali meneruskan misinya setelah berlabuh di Fremantle, Perth, Australia, bagi mengisi semula bekalan keperluan.
Kapal yang dikendalikan oleh syarikat eksplorasi dasar laut Ocean Infinity itu telah bertolak dari pelabuhan Fremantle ke lokasi pencarian pada Isnin (12 Februari).
Sebelum ini, Seabed Constructor dilaporkan mematikan transponder lokasinya selama tiga hari dan mencetuskan pelbagai spekulasi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menepis segala khabar angin dengan menegaskan kapal itu berada dalam keadaan baik.
Katanya, ia hanya berhenti seketika untuk mengisi minyak seperti yang dijadualkan.
Namun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh wakil firma swasta Ocean Infinity mengenai perkara itu sehingga hari ini.
BACA: Kapal pencarian MH370 'hilang', muncul selepas tiga hari
BACA: MH370: Will conspiracy theories put to rest tomorrow?
BACA: Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
BACA: Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Perkembangan terbaharu pencarian daripada laporan mingguan yang dimuat naik di laman web rasmi pencarian MH370 bertarikh
Perkembangan terbaharu pencarian daripada laporan mingguan yang dimuat naik di laman web rasmi pencarian MH370 bertarikh 13 Februari 2018.
Bulan lalu, kerajaan Malaysia mengupah Ocean Infinity untuk mengetuai misi baharu pencarian bagi pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu. Kapal pencari Seabed Constructor menggunakan dron bawah air berteknologi tinggi menampung pencarian di kawasan baru berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi di Lautan Hindi. Lokasi pencarian telah menjangkau sejauh 7,500 kilometer persegi setakat Isnin.
Topic Berkaitan
#hilang
#Lautan Hindi
#Liow Tiong Lai
#MH370
#OCEAN INFINITY
#pelabuhan Fremantle
#pencarian
#pesawat
#Seabed Constructor
#transponder lokasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan