awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Sebuah kapal henti pencarian, dua lagi tangguh untuk isi bekalan

Bernama
Bernama
24/06/2015
12:10 MYT
MH370: Sebuah kapal henti pencarian, dua lagi tangguh untuk isi bekalan
JACC berkata lebih 50,000 km persegi dasar laut telah diliputi setakat ini. - Gambar Fail
Tiga buah kapal yang ketika ini terlibat dalam fasa satu operasi mencari pesawat MH370 yang hilang telah beredar dari lokasi pencarian di Lautan Hindi, tetapi dua daripadanya akan kembali semula.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, yang menyelia operasi mencari itu, berkata GO Phoenix menghentikan operasi di laut dalam pada 20 Jun, susulan kontraknya dilaporkan telah tamat.
Dua lagi kapal, Fugro Discovery dan Fugro Equators, telah beredar dari kawasan itu bagi membuat kunjungan ke pelabuhan untuk mengisi semula bekalan, yang merupakan perkara rutin dan perlu dalam operasi mencari, menurut JACC dalam kenyataan.
"Bagi tempoh beberapa minggu akan datang, tiada kapal akan berada di kawasan pencarian kerana ia akan transit ke dan dari Pelabuhan Fremantle. Selepas mengisi semula bekalan, kedua-dua kapal akan kembali ke kawasan pencarian," menurut agensi itu.
BACA: MH370: Pencarian diteruskan untuk 60,000km persegi lagi
Adakah keengganan FAA mampu mengundang kejadian MH370 berulang?
Sabtu lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata fasa satu misi mencari melibatkan kawasan seluas 60,000 km persegi di Lautan Hindi akan selesai menjelang akhir bulan ini.
Beliau dipetik sebagai berkata, Malaysia komited untuk meneruskan misi mencari ke fasa dua yang melibatkan tambahan kawasan seluas 60,000 km persegi.
FOTO: Di manakah MH370?
Setahun MH370 : Memorial MH370 di Publika Kuala Lumpur
JACC berkata lebih 50,000 km persegi dasar laut telah diliputi setakat ini.
"Operasi mencari akan diteruskan pada musim sejuk, tetapi penangguhan dijangkakan," katanya.
Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac tahun lepas.
Topic Berkaitan
#kapal
#Liow Tiong Lai
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan