Penemuan beberapa serpihan pesawat di sekitar perairan Afrika Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, memperkukuhkan teori pakar bahawa pesawat itu
berakhir di selatan Lautan Hindi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berikutan itu kerajaan akan terus berusaha mencari pesawat malang berkenaan walaupun berdepan pelbagai kesukaran termasuk kos pencarian yang meningkat dari semasa ke semasa.
"Sebelum ini, kita menemui beberapa serpihan di Mozambique, Pulau La Reunion yang menunjukkan ia (MH370) memang ada di sana (selatan Lautan Hindi).
"Tetapi, usaha hendak mencarinya bukan mudah sebab ia melibatkan arus yang kuat di kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi dengan kedalaman enam kilometer, jadi rakyat harus faham... ini kerja sukar namun, ia perlu diteruskan," katanya.
BACA: Serpihan ditemui di Mozambique berkemungkinan besar dari pesawat MH370 - Australia
BACA: Serpihan di Mozambique hampir pasti milik MH370 - Liow
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu dan majlis penyerahan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara bagi Daerah Bentong kepada 68 penerima di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Abdul Rahman Shariff.
Liow berkata penemuan serpihan-serpihan berkenaan diharap dapat merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 sekali gus mengakhiri misi pencarian yang mengambil masa dua tahun dan membabitkan kos lebih RM500 juta.
"Yang penting kita nak cari sampai dapat, sekarang banyak serpihan yang telah dijumpai. Kita berdoa agar pesawat itu dapat ditemui secepat mungkin kerana kita tidak mahu ia kekal sebagai misteri.
"Kita (kerajaan) mahukan jawapan sebab nak berikan jawapan kepada waris. Kalau tidak lebih banyak teori konspirasi akan keluar dan jika itu berlaku, ia tidak elok untuk imej negara dan rakyat Malaysia," katanya.
Sehingga kini, sebanyak enam serpihan pesawat ditemukan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.
Bernama
Wed Mar 30 2016
TIONG LAI: Kita berdoa agar pesawat itu dapat ditemui secepat mungkin kerana kita tidak mahu ia kekal sebagai misteri.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.