Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata ini berdasarkan kepada analisis kesemua data yang dikumpul selama enam jam.
Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada Selasa malam selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston dalam sidang media pada Isnin berkata setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.
Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang.
Ia diturunkan dari kapal Ocean Shield dalam misi sulungnya ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak 8 April lepas.
Kenyataan itu berkata operasi hari ini akan membabitkan kawasan pencarian visual meliputi kawasan seluas 55,151 kilometer persegi, dengan pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,087 kilometer ke barat laut Perth.
Operasi pencarian itu membabitkan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
"Ramalan cuaca hari ini dipengaruhi tiupan angin timur selatan dengan hujan dan ribut petir, keadaan laut berombak setinggi dua meter dan tahap penglihatan lima kilometer," katanya.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Bernama
Wed Apr 16 2014
Kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 dikerahkan untuk membantu mengesan pesawat MH370. -AFP Photo
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.
Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.
MH370: Pencarian dasar laut diteruskan
Sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat MH370.
MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi sulung Bluefin-21 - JACC
Operasi pencarian pesawat MH370 diteruskan dengan penglibatan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut
Pencarian fasa yang seterusnya itu mempunyai cabarannya yang tersendiri kerana permukaan dasar lautan tidak sama dengan permukaan daratan.