“Selepas melihat pandangan pakar, ada 85 peratus kebarangkalian untuk menemui bangkai pesawat MH370 dalam kawasan pencarian baharu ini,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Hari ini, kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan Ocean Infinity Limited untuk memulakan pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014.
Ia selepas persetujuan tripartit Malaysia-Australia-China untuk menerima tawaran daripada syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat yang yakin mampu merungkai misteri yang gagal dijawab seluruh dunia selama empat tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett, mereka mempunyai keupayaan peralatan dan aset yang canggih serta pasukan yang berpengalaman luas berhubung penerokaan dasar laut untuk mencari pesawat tersebut di selatan Lautan Hindi.
“Kami telah melakukan 6,100 jam waktu selaman bagi lapan buah Autonomous Underwater Vehicle (AUV) milik kami dalam tempoh enam bulan yang lepas sejak Jun.
“Ada antara ahli pasukan kami yang telah mengendalikan AUV sejak ia mula dicipta, malah ada yang pernah terlibat dalam pencarian pesawat Air France yang terhempas di utara Lautan Atlantik pada 2009,” jelasnya.
Sebelum ini, usaha tripartit melibatkan kos USD200 juta meliputi kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi itu tidak membuahkan hasil, dan dihentikan pada Januari tahun lepas walaupun pakar menggesa ia perlu diteruskan lagi ke 25,000 kilometer persegi arah utara.
Bagaimanapun, Plunkett tidak melihat ia sebagai satu usaha yang sia-sia malah membantu usaha baharu yang bakal bermula 17 Januari ini nanti untuk mengecilkan skop pencarian.
Plunkett bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menandatangai memorandum persefahaman (MoU).
Majlis tanda tangan MoU itu turut disaksikan Liow di Putrajaya di sini hari ini.
“Ketika ini, kapal Seabed Constructor (milik Ocean Infinity) sedang dalam perjalanan ke kawasan pencarian, mengambil kesempatan daripada cuaca baik di selatan Laut Hindi,” kata Liow.
Pasukan pencarian melibatkan 65 kru, dua daripadanya adalah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia berperanan selaku wakil kerajaan Malaysia di atas kapal.
Misi utamanya – mencari bangkai pesawat Boeing 777 tersebut dan/atau dua perakam penerbangannya iaitu Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR)/kotak hitam dalam tempoh 90 hari dalam kawasan lingkungan 25,000 kaki persegi.
Ia atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ atau ‘no cure no fee basis’. Sekiranya jumpa, jumlah bayaran dipersetujui yang ditanggung kerajaan Malaysia sepenuhnya adalah tertakluk kepada kawasan penemuan: USD20 juta untuk lingkungan 5,000 kilometer persegi, USD30 juta untuk lingkungan 10,000 kilometer persegi seterusnya, USD50 juta untuk lagi 10,000 kilometer persegi dan USD70 juta sekiranya penemuan di kawasan melepasi lingkungan 25,000 kilometer persegi.
Pasukan pencarian akan memaklumkan keluarga dan waris mangsa menerusi mesej teks juga emel bagi perkembangan terkini pencarian di samping menerusi laman web mh370.gov.my/index.php.en/.
Dengan bermulanya usaha pencarian baharu ini, sedikit sebanyak mengembalikan sinar harapan kepada waris mangsa yang sekian lama menunggu misteri yang melanda orang tersayang di dalam pesawat tersebut terjawab.
“Saya gembira dengan pengumuman ini pada masa sama rasa panik, sepertimana yang dirasai empat tahun lalu apabila insiden ini mula-mula terjadi. Sekarang debaran penantian itu bermula sekali lagi,” kata seorang waris keluarga mangsa, Shin Kok Chau.
Seorang lagi waris, V.P.R. Nathan berkata, “sukar untuk kami selama empat tahun tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka. Kini kami hanya mahu pengesahan, itu sahaja."
Israr Khalid
Wed Jan 10 2018
Azharuddin bertukar dokumen dengan Plunkett sambil disaksikan oleh Liow di Putrajaya di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.
Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.
MH370: Pencarian dasar laut diteruskan
Sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat MH370.
MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi sulung Bluefin-21 - JACC
Operasi pencarian pesawat MH370 diteruskan dengan penglibatan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut
Pencarian fasa yang seterusnya itu mempunyai cabarannya yang tersendiri kerana permukaan dasar lautan tidak sama dengan permukaan daratan.