awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIA lantik presiden, naib presiden baharu

Bernama
Bernama
04/12/2023
02:30 MYT
MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi adalah penasihat strategik kanan dan ketua wakil serantau untuk Malaysia dan Asia Tenggara di DDCap Limited sementara Saniza adalah rakan kongsi audit Saniza Co dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman. - Foto MIA
KUALA LUMPUR: Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah memilih Datuk Seri Dr Mohamad Zabidi Ahmad sebagai presiden baharunya manakala Saniza Said sebagai naib presiden MIA.
Pelantikan berkuat kuasa pada 1 Disember, 2023,
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Disember dan beliau menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 November lepas.
MIA dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata Mohamad Zabidi membawa banyak pengalaman dalam perbankan dan kewangan Islam kepada peranan kepimpinan kanan MIA itu, beliau diharapkan dapat mengukuhkan advokasi MIA terhadap kewangan Islam dan agenda tadbir urus dan kemampanan alam sekitar, sosial dan korporatnya.
Ketika ini, Mohamad Zabidi adalah penasihat strategik kanan dan ketua wakil serantau untuk Malaysia dan Asia Tenggara di DDCap Limited.
Selain MIA, beliau juga merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM).
"Beliau memiliki Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam (AQIF) daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan juga Profesional Bertauliah Kewangan Islam (CPIF) serta ahli Institut Kewangan Islam Bertauliah (CIIF)," kata MIA.
Sementara itu, Saniza telah dipilih sebagai ahli Majlis MIA pada 26 September 2022.
Beliau kini merupakan rakan kongsi audit Saniza Co dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengauditan, pengauditan cukai dan perundingan perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIA
#akauntan
#Mohamad Zabidi Ahmad
#Saniza Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan