MIC bakal memanggil Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) interim 2009 pada minggu hadapan, yang akan memilih jawatankuasa baru yang akan menjalankan pemilihan semula parti itu.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata keputusan tersebut dipersetujui bersama dengan Presiden Parti Datuk Seri G. Palanivel, semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan.
"Pada pagi ini, kita adakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Tengku Adnan, Palanivel dan saya.
"Beberapa persetujuan telah dicapai. Satu untuk menerima dan melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh RoS melalui surat-surat yang dihantar daripada 5 Disember 2014 hingga 6 Februari 2015.
"Dengan itu, ahli-ahli yang dipilih pada 2009 akan menjalankan tugas sebagai interim CWC untuk menjalankan proses pemilihan parti.
"Selaras dengan itu, CWC akan melantik satu jawatankuasa untuk jalankan pemilihan dan Palanivel telah memberitahu beliau akan memanggil mesyuarat CWC minggu hadapan," katanya semasa satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini, hari ini.
Subramaniam berkata pemilihan akan dijalankan selepas itu mengikut jadual yang ditentukan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Subramaniam juga berkata mesyuarat CWC yang sepatutnya berlangsung hari ini dan ditunda oleh kerana persetujuan yang telah dicapai, masih akan dilangsungkan dengan agenda lain.
"Kita akan membincangkan penggantungan tiga ahli oleh Palanivel, iaitu A. Sakthivel, Datuk Jaspal Singh dan VS Mohan kerana ia bercanggah dengan surat yang dihantar oleh surat yang dihantar oleh RoS yang menjelaskan ia tidak dapat mengiktiraf sebarang perlantikan sehingga pertikaian dalaman diselesaikan," tambahnya.
T K Letchumy Tamboo
Wed Feb 18 2015
Subramaniam berkata, ahli-ahli yang dipilih pada 2009 akan menjalankan tugas sebagai interim CWC untuk menjalankan proses pemilihan parti. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C Sivaraj dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkuatkuasa 11 Mei lalu.
Klopp sukar luah rasa bangga dengan kata-kata
Kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan sepanjang 90 minit tetapi Roberto Firmino akhirnya menamatkan kekentalan pasukan dari negara asalya itu pada minit ke-99.
Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS
Amerika Syarikat menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.
Sothinathan dilantik ahli CWC tanda perdamaian - Presiden MIC
Pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.
Pemilihan MIC: Kamalanathan umum pertahan jawatan CWC
P. Kamalanathan mengumumkan akan mempertahankan jawatan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada pemilihan parti itu nanti.
Dr Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC yang baharu
Dr. Subramaniam diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas tiada calon lain mencabarnya.
Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.
'Hanya pencalonan cawangan diadakan CWC Interim MIC 2009 adalah sah'
Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.
Subramaniam hantar minit mesyuarat palsu kepada RoS - Sothinathan
Menurut perkara 56.2 Perlembagaan MIC, hanya Setiausaha Agung parti boleh memanggil mesyuarat CWC di atas arahan presiden parti dan setakat ini tiada permintaan bertulis diterimanya.
Palanivel: Pemilihan semua jawatan MIC bulan Julai
Bekas Presiden (MIC) Datuk Seri G. Palanivel mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dipengerusikannya akan mengadakan pemilihan parti bagi semua jawatan bulan depan.