awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC tubuh jawatankuasa khas cari penyelesaian kemelut parti

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/01/2015
23:57 MYT
MIC tubuh jawatankuasa khas cari penyelesaian kemelut parti
SUBRAMANIAM: Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai oleh ketua-ketua bahagian dalam MIC.
MIC akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda parti itu.
Keputusan itu dibuat dalam perjumpaan lebih tiga jam antara kepimpinan parti dan ketua-ketua bahagian.
Namun ketiadaan presiden Datuk Seri G. Palanivel semasa perjumpaan menghangatkan lagi spekulasi perpecahan dalam parti.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai oleh ketua-ketua bahagian dalam MIC.
Bagaimanapun senarai anggotanya hanya akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Subramaniam pada masa sama mengingatkan ahli MIC agar terus meyakini parti itu yang ketika ini diterajui sementara waktu oleh ahli jawatankuasa kerja pusat sebelum pemilihan parti pada 2013.
"CWC yang boleh menguruskan parti buat sementara waktu ialah CWC yang lama iaitu yang telah menjadi CWC pada 2013 dan mereka yang menang tanpa ditanding dan tiada isu seperti presiden, timbalan presiden," kata Subramaniam.
Pertemuan pada Sabtu itu juga bertujuan memberi penerangan mengenai status pendaftaran parti itu kepada ketua-ketua bahagian.
Ia dihadiri oleh 90 daripada 135 ketua bahagian MIC seluruh negara.
Topic Berkaitan
#CWC
#Dr S.Subramaniam
#kemelut
#MIC
#Palanivel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan