KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara kedua lokasi paling dicari di dunia untuk pengajian kursus pendek atau 'microcredentials'.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata Malaysia berada di belakang Australia dalam rujukan mengenai 'microcredentials' di Google Trends diikuti Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
Katanya, dapatan itu dinyatakan dalam Journal of Learning for Development (JL4D) 2021 vol. 8 yang diterbitkan oleh penyelidik National Institute for Digital Learning, Dublin City University bertajuk 'The Global Microcredentials Landscape: Charting a New Credential Ecology for Lifelong Learning'.
"Kualiti pengajian `microcredentials' yang baik di Malaysia menarik minat warga dunia untuk mengikuti pengajian itu di negara ini.
"Garis Panduan Amalan Baik: Microcredential yang dikeluarkan MQA pula membolehkan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk menawarkan kursus pendek berkualiti sesuai dengan kehendak semasa industri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan IPT tempatan sama ada awam atau swasta untuk menawarkan kursus 'microcredentials' bagi menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di negara ini.
Beliau berkata, selain mampu menambah pendapatan IPT, ia juga memberi peluang untuk meningkatkan kelayakan akademik individu yang mengikutinya.
"Penawaran kursus microcredentials bersifat terbuka, justeru bukan hanya di Malaysia, malah ia boleh ditawarkan ke luar negara bagi pelajar antarabangsa.
"Perkara ini selaras dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad yang mahu menarik seramai 250,000 pelajar mengikuti pengajian dengan IPT tempatan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global," katanya.
Astro Awani
Wed Mar 23 2022
Mohammad Shatar berkata, kualiti pengajian 'microcredentials' yang baik di Malaysia menarik minat warga dunia untuk mengikuti pengajian itu di negara ini. - Gambar hiasan/ Freepik
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Microcredentials': Malaysia di kedudukan kedua pilihan tertinggi dunia
Mohammad Shatar berkata, kualiti pengajian 'microcredentials' yang baik di Malaysia menarik minat warga dunia untuk mengikuti pengajian itu di negara ini.