KUALA LUMPUR: Sindrom Tertidur Tanpa Sedar atau microsleep berkait rapat dengan prestasi seharian manusia, kata pakar Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Rozmi Ismail.
Beliau berkata jika dilihat daripada konteks microsleep, kebanyakan mengalami sindrom itu dalam kalangan mereka yang bekerja dan melakukan pemanduan jarak jauh.
"Manusia tidak sama seperti mesin, manusia mempunyai limitasi tersendiri. Kalau mesin, kita tekan saja ia sudah bergerak tetapi manusia memerlukan rehat. Otak, mata dan bahagian badan perlu rehat mencukupi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Rozmi, golongan paling berisiko untuk mengalami microsleep ialah pemandu bas, lori dan teksi yang menggunakan pemanduan jarak jauh ataupun mereka bekerja syif malam dan tidak tidur siang.
"Ini semua akan menyebabkan kesan kepada prestasi manusia dan badan tidak sesuai dengan keadaan biological clock (putaran biologi). Kalau kita paksa badan kita, ia menyebabkannya letih dan secara tiba-tiba kita akan berehat dengan sendiri...itulah microsleep," katanya.
Sebagai langkah pencegahan kepada sindrom microsleep, Rozmi mencadangkan pemandu supaya berhenti selepas memandu dua atau tiga jam untuk berehat dan jangan melakukan pemanduan secara terus dari satu tempat ke satu tempat tanpa berhenti.
"Kita kena jaga biological clock, maksudnya manusia tidak boleh lawan fitrah. Manusia siang bekerja dan malam perlu tidur. Kalau kita lawan juga, prestasi kita akan cepat lemah dan badan kita jadi letih.
"Selain itu, perlu adanya kempen secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat mengenai bahayanya microsleep ini semasa pemanduan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Psikologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka Aini Faezah Ramlan menyifatkan microsleep sebagai satu isyarat menandakan kondisi kesihatan seseorang mula merosot.
Beliau berkata pemandu cenderung untuk terjebak dalam microsleep atas faktor terlalu penat atau kurang rehat, jadual tidur tidak menentu serta tahap kesihatan yang tidak stabil.
"Pemandu perlu berwaspada dengan tahap kesihatan diri sendiri, peka dengan isyarat yang mula menyebabkan tumpuan pemanduan terganggu seperti menguap beberapa kali, rasa letih dan kurang bertenaga," katanya.
Aini juga mencadangkan pemandu harus mengatur semula rutin atau jadual serta gaya hidup yang lebih sihat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam sindrom itu.
"Microsleep semasa memandu perlu dielakkan sebagai langkah berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan jalan raya," katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata dianggarkan lebih 20 peratus kemalangan di jalan raya di negara ini berpunca daripada tertidur, mengantuk, letih, leka atau berangan.
"Tidur tidak datang secara tiba-tiba, anda tidak boleh memandu secara sedar dalam seminit dan tertidur selepas itu. Selalunya terdapat masa yang cukup untuk menyedari apabila kita sudah rasa mengantuk," katanya.
Statistik punca kemalangan sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri pada 2019 menunjukkan sebanyak 675 kemalangan melibatkan mengantuk, leka, berangan dan letih.
"Daripada jumlah itu, 14 membabitkan kemalangan maut, tiga parah, 10 kemalangan ringan dan 648 lagi adalah kemalangan melibatkan kerosakan sahaja," kata Mat Kasim.
Mat Kasim berkata pemandu yang terlelap ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain kini dikategori sebagai pemanduan secara melulu atau berbahaya dan boleh didakwa mengikut Seksyen 41(1), 42(1) dan 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Golongan paling berisiko mengalami microsleep ialah pemandu bas, lori dan teksi yang terlibat pemanduan jarak jauh atau mereka yang bekerja syif malam dan tidak tidur siang. - Gambar hiasan
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan
Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang
Pemandu 'microsleep' rempuh 4 kenderaan
Pembantu gudang lelaki berusia 21 tahun terbabit cedera pada bahagian hidung dan dirawat di zon kuning Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Microsleep berkait rapat dengan prestasi manusia - Pakar
Kebanyakan mengalami sindrom itu dalam kalangan mereka yang bekerja dan melakukan pemanduan jarak jauh.
Padah sesaat nyawa hilang! Ketahui gejala dan rawatan 'microsleep'
Ia bukan sahaja meragut nyawa pemandu serta penumpang, malah membahayakan pemandu lain jika kenderaan terbabas memasuki laluan bertentangan.
Bahaya microsleep! Ini waktu yang anda patut elak memandu
Tempoh itu merupakan waktu puncak untuk seseorang berasa mengantuk, sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah microsleep.
Aidilfitri untuk dirai, bukan ditangisi
Kebanyakan kemalangan berlaku pada waktu petang. Keletihan berpuasa dan hilang konsentrasi dikaitkan dengan jumlah kemalangan yang banyak.