awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft, OpenAI dilapor rancang projek pusat data AS$100 bilion

Amanz
Amanz
31/03/2024
03:30 MYT
Microsoft, OpenAI dilapor rancang projek pusat data AS$100 bilion
Kedua-dua gergasi ini dilaporkan dalam perancangan untuk membangunkan projek pusat data mencecah AS$100 bilion dengan fokus kepada kecerdasan buatan. -Gambar hiasan/Amanz
MICROSOFT dan OpenAI sedia bekerjasama dengan rapat untuk arena kecerdasan buatan, termasuk integrasi pada Bing dan juga CoPilot yang ditawarkan melalui Bing.
Selain itu, kedua-dua gergasi ini dilaporkan dalam perancangan untuk membangunkan projek pusat data mencecah AS$100 bilion dengan fokus kepada kecerdasan buatan.
Projek berkenaan juga dijangka menambah sebuah adikomputer AI yang dinamakan “Stargate”, dilancarkan seawal 2028.
Selain “Stargate” ini, Microsoft turut dikatakan sedang membangunkan adikomputer bersaiz sedikit kecil dengan sasaran pelancaran pada 2026.
Dengan permintaan serta pembangunan kecerdasan buatan yang drastik kebelakangan ini, ia turut membawa kepada permintaan pusat data yang tinggi yang boleh menampungnya.
Ini juga turut secara tidak langsung membawa kepada peningkatan permintaan cip, terutamanya yang dihasilkan NVIDIA.
Beberapa pihak telah mula membangunkan cip tersendiri dalam mengurangkan kos operasi masing-masing.
Ia dikatakan projek pusat data oleh Microsoft dan OpenAI ini kelak akan menyokong pelbagai variasi cip daripada pengeluar-pengeluar berbeza.
Buat masa ini, OpenAI dan Microsoft belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan pembangunan pusat data baharu ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#OpenAI
#Stargate
#projek pusat data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan