awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft perkenal Copilot Pro dengan akses model AI terkini pada AS$20 sebulan

Amanz
Amanz
16/01/2024
04:45 MYT
Microsoft perkenal Copilot Pro dengan akses model AI terkini pada AS$20 sebulan
Perkhidmatan Microsoft Copilot Pro boleh dilanggan pada harga AS$20 (RM94) sebulan. -Amanz
MICROSOFT menawarkan perkhidmatan Copilot Pro baharu yang memberikan akses kepada lebih banyak ciri berbanding Copilot biasa.
Copilot Pro boleh diakses dari pelbagai peranti dan rentas sistem operasi. Kelebihannya ialah Copilot Pro menggunakan model AI terkini seperti GPT-4 Turbo dengan prestasi yang lebih pantas lebih-lebih lagi ketika masa penggunaan puncak.
Microsoft kemudian akan memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menukar model AI yang ingin digunakan.
Seterusnya ia turut membolehkan Copilot digunakan pada perisian Word, Excel, PowerPoint, Outlook, dan OneNote.
Kesemuanya boleh diakses pada PC, Mac dan iPad.
Menjana imej menggunakan Image Creator from Designer (dahulunya Bing Image Creator) kini lebih pantas dengan 100 boost ditawarkan setiap hari.
Akhir sekali pelanggan boleh membina Copilot GPT iaitu chatbot yang direka untuk keperluan peribadi menggunakan Copilot GPT Builder yang akan diaktifkan kelak.
Perkhidmatan Microsoft Copilot Pro boleh dilanggan pada harga AS$20 (RM94) sebulan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Copilot Pro
#GPT-4 Turbo
#Image Creator from Designer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan