awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIGHT ambil pendekatan lebih strategik, perkukuh PPP dalam teknologi

Bernama
Bernama
24/05/2025
20:15 MYT
MIGHT ambil pendekatan lebih strategik, perkukuh PPP dalam teknologi
Rushdi berkata, penglibatan agensi itu dalam Pameran LIMA 2025 juga sebagai mencerminkan peralihan tumpuan ke arah pemupukan sinergi nasional dan serantau dalam bidang teknologi tinggi. - Gambar Bernama
LANGKAWI: Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) memantapkan peranannya menerusi pendekatan lebih strategik dan bermakna untuk pengukuhan perkongsian awam-swasta (PPP) dalam teknologi selain melonjakkan inovasi tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rushdi Abdul Rahim berkata, penglibatan agensi itu dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 juga sebagai mencerminkan peralihan tumpuan ke arah pemupukan sinergi nasional dan serantau dalam bidang teknologi tinggi.
Acara LIMA juga, kata beliau, bukan sekadar pameran tetapi platform utama yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan dan rakan strategik antarabangsa untuk bekerjasama, membentuk masa depan teknologi serta meneroka peluang baharu secara holistik dan inklusif.
"Di LIMA 2025, MIGHT memberi penekanan kepada beberapa sektor berpotensi tinggi dan pesat berkembang yang mampu menjana kemajuan ekonomi Malaysia, termasuk mobiliti udara maju (AAM), aeroangkasa dan teknologi angkasa serta pembinaan dan pembaikan kapal (SBSR)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Rushdi berkata, menerusi pendekatan rentas sektor dan agensi, MIGHT turut berperanan aktif sebagai pemudahcara dasar dengan menyediakan input teknikal untuk kementerian dan agensi selain memudahcara kerjasama antara pemain industri tempatan dan syarikat antarabangsa.
MIGHT juga, katanya, telah meraih beberapa pencapaian utama dalam membentuk landskap teknologi tinggi negara, termasuk merangka Dasar Teknologi Negara, membangunkan kerangka strategik industri aeroangkasa, menubuhkan konsortium teknologi tempatan serta melaksanakan program-program perintis bersama rakan strategik antarabangsa.
Kerjasama rentas negara yang menyerlah adalah MIGHT-Turkiye, MIGHT-Indonesia serta platform inovasi bersama Qatar, Jepun dan lain-lain.
Bersempena LIMA 2025, MIGHT dan rakan strategiknya melancarkan empat laporan utama yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang
Pada majlis sama, MIGHT turut meraikan pelancaran UzmaSAT-1, satelit pemerhatian bumi pertama milik Malaysia yang dimiliki oleh Uzma Berhad (ahli MIGHT) yang melambangkan keupayaan kejuruteraan negara dan menjadi pemangkin kepada pembangunan strategik Program Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN).
Inovasi ini turut diperkukuh dengan pelancaran platform Uzma Digital Earth, sebuah sistem geospatial berkuasa AI yang mengintegrasikan data satelit bagi tujuan visualisasi dan analisis dinamik.
Selain itu, Rushdi berkata, MIGHT menyediakan khidmat nasihat teknikal, strategi pembangunan pasaran dan inisiatif pembinaan kapasiti untuk menyokong kemasukan syarikat tempatan ke pasaran global.
Pada masa sama, beliau turut mengakui beberapa cabaran yang masih perlu ditangani, termasuk keperluan penyelarasan lebih baik antara pihak berkepentingan, akses terhad kepada bakat tempatan berkemahiran tinggi, keperluan mempercepat pemindahan teknologi dan pentingnya membina keyakinan pelabur dalam sektor berasaskan inovasi.
"Saya menyeru semua pihak berkepentingan untuk menjadikan teknologi sebagai tunjang utama bagi pembangunan negara. LIMA bukan hanya pameran antarabangsa, tetapi titik pertemuan minda hebat untuk berkongsi pengetahuan, memperkukuh rangkaian dan mencetus idea-idea baharu yang berani.
"Malaysia mempunyai potensi besar dalam bidang teknologi tinggi. MIGHT akan terus memainkan peranan penting sebagai pemacu, pemudahcara dan pemangkin kepada ekosistem teknologi negara dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara inovatif, berdaya saing dan berpandangan jauh di persada dunia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIGHT
#perkongsian awam-swasta
#PPP
#inovasi tempatan
#Rushdi Abdul Rahim
#LIMA 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan