awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miliki rokok seludup: Suami isteri didenda RM11,000

Bernama
Bernama
30/01/2013
07:16 MYT
Miliki rokok seludup: Suami isteri didenda RM11,000
Akibat memiliki rokok seludup, sepasang suami isteri didenda RM11,000 setiap seorang atau penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah menjatuhi hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan berkenaan.
Mohd Sukeri Md Kaya, 36, dan isterinya, Azizah Sharip, 35, didakwa bersama-sama memiliki rokok import pelbagai jenama bernilai RM996.52 di premis Azkrie Enterprise di Jalan Kampung Pelindung Indah, Taman Beserah Indah di sini pada 11 pagi, 9 Julai 2012.
Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum menurut Seksyen 135 (1)(iii)(aa) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Terdahulu suami isteri itu yang diwakili peguam Nur Munirah Mustaffa merayu agar mahkamah meringankan hukuman memandangkan mereka terpaksa menanggung empat anak berumur dua hingga enam tahun dengan pendapatan sebagai peniaga kedai runcit sebanyak RM2,000 sebulan.
Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kastam Mohd Khairuddin Niesha Mohd Shafee.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#rokok seludup
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan