awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef, ATM siap siaga atur gerak anggota, aset hadapi musim tengkujuh

Bernama
Bernama
16/10/2023
22:00 MYT
Mindef, ATM siap siaga atur gerak anggota, aset hadapi musim tengkujuh
ATM akan memberi tumpuan terhadap operasi banjir di kawasan-kawasan terjejas merangkumi 3 fasa gerak OP MURNI iaitu Pra-Aturgerak Banjir (sebelum), semasa banjir dan pasca banjir. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia menggerakkan anggota dan asetnya ke kawasan bersiko tinggi dilanda bencana alam berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.
Mindef dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya dan ATM juga bersedia melaksanakan tugas bersama agensi awam lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan lain menerusi Operasi Murni (OP MURNI).
"Kerjasama turut meliputi aspek perancangan dan koordinasi tindakan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwujudkan di setiap daerah bagi memastikan segala bentuk bantuan dan operasi berjalan dengan lancar," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut ATM akan memberi tumpuan terhadap operasi banjir di kawasan-kawasan terjejas merangkumi 3 fasa gerak OP MURNI iaitu Pra-Aturgerak Banjir (sebelum), semasa banjir dan pasca banjir.
Menurut Mindef dan ATM, pihaknya akan memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai operasi berkaitan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mindef
#operasi banjir
#PKOB
#aspek perancangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan