awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MINDEF tidak kenakan denda lewat RM116.54 juta bagi kelewatan penyerahan kapal LCS 1 - LKAN

Bernama
Bernama
24/08/2020
12:04 MYT
MINDEF tidak kenakan denda lewat RM116.54 juta bagi kelewatan penyerahan kapal LCS 1 - LKAN
LKAN juga mendapati terdapat bayaran kemajuan kapal LCS 1 melebihi kemajuan kerja sebenar. -Gambar fail
Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak mengenakan denda lewat RM116.54 juta, bagi kelewatan penyerahan kapal LCS 1 (Littoral Combatant Ship) selama 245 hari dari tarikh serahan asal, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019.
Menurut laporan itu, klausa 30.1.1 dalam kontrak utama menetapkan, denda lewat akan dikenakan terhadap syarikat pada kadar satu peratus daripada purata harga sebuah LCS, sekiranya terdapat kelewatan dari tarikh serahan iaitu pada April tahun lepas.
"Sekiranya lewat lebih 12 bulan, MINDEF mempunyai hak untuk menamatkan kontrak atau meneruskan kontrak, dengan memastikan syarikat menunaikan obligasinya dan MINDEF mempunyai hak menuntut denda lewat.
"Klausa 23.1 dalam kontrak menyatakan, penyerahan fizikal enam buah LCS sepatutnya dibuat secara berperingkat pada April 2019, namun sehingga 31 Dis tahun lepas, kapal itu tidak diserahkan lagi," menurut LKAN itu.
Selain itu, LKAN turut menyebut sehingga 30 Jun tahun ini, walaupun kelewatan melepasi 12 bulan iaitu April 2020, MINDEF juga tidak mengeluarkan surat tuntutan kepada syarikat, bagi menuntut denda lewat sebaliknya hanya mengeluarkan notis peringatan pada 14 Jun lalu.
Menurut LKAN, bilangan hari kelewatan penyerahan kapal LCS setakat 10 Jun 2020 adalah 435 hari, dengan nilai denda berjumlah RM217.50 juta dan beberapa siri perbincangan telah diadakan bagi menetapkan hala tuju projek, namun tiada sebarang keputusan dicapai.
Selain itu, LKAN juga mendapati terdapat bayaran kemajuan kapal LCS 1 melebihi kemajuan kerja sebenar, sebanyak 21.1 peratus.
"Kos keseluruhan LCS1 adalah RM1.427 bilion dan semakan audit Laporan Kemajuan Projek LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berakhir 31 Dis tahun lalu mendapati, bayaran kemajuan dibuat berjumlah RM910 juta atau 63.8 peratus, berbanding kemajuan kerja sebenar kapal LCS 1 hanya pada kadar 42.7 peratus.
"Bayaran melebihi kemajuan kerja sebenar kapal LCS 1, merupakan kerugian kepada kerajaan kerana kapal LCS 1 tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan," menurut laporan itu.
Oleh yang demikian, Audit mengesyorkan MINDEF perlu menguatkuasakan klausa denda lewat terhadap syarikat atas kelewatan penyerahan, dan memastikan penyediaan kontrak secara beli semula mengambil kira spesifikasi atas keperluan penggunaan, pihak berkaitan.
Selain itu, turut disyorkan MINDEF perlu mengenakan tindakan sewajarnya terhadap syarikat atau pegawai yang tidak mematuhi kehendak dan arahan jabatan seperti tertakluk dalam undang-undang, peraturan kewangan, kontrak dan prosedur operasi standard (SOP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelewatan
#Laporan Ketua Audit Negara
#LKAN
#Mindef
#operasi
#tentera
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan