awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minggu Media Sosial Malaysia 2014 bermula

Syafique Shuib
Syafique Shuib
24/02/2014
09:37 MYT
Minggu Media Sosial Malaysia 2014 bermula
Acara tahunan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) kembali mulai hari ini sehingga 27 Februari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.
Mula dianjurkan pada tahun 2012, ia bertujuan untuk menyatukan mereka yang aktif di dalam dunia media sosial untuk kegunaan peribadi atau perniagaan mereka.
“MSMW menghubungkan mereka di dalam dunia korporat, pihak kerajaan dan belia untuk menangani isu-isu dan juga mempamerkan tentang kebaikan media sosial dan apa boleh dicapai.
“Pengguna internet dari seluruh dunia yang mempunyai visi dan misi yang sama berkumpul dan suntik semangat untuk merubah dunia kearah kebaikan,” jelas pengasas dan presiden Malaysia Social Media Chambers Shahul Hameed Shaik Dawood.
Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial akan diadakan mulai esok dan menampilkan personaliti dan penulis blog terkenal dari seluruh dunia seperti Shane Dallas dari Australia, Malini Agrawal dari India, Kounila Keo dari Kemboja dan Sue Lynn Tiong dan Stephen Doss dari Malaysia.
Antara topik yang bakal dibincangkan ketika sidang kemuncak adalah penulisan blog, pemasaran, menjana pendapatan menerusi media sosial dan juga hala tuju industri aplikasi.
Sementara itu, Anugerah Blogger dan Media Sosial akan diadakan pada 26 Februari di Zebra Square.
Pendaftaran masih terbuka kepada mereka yang berminat untuk menghadiri MSMW di www.socialmediaweek.com.my
Topic Berkaitan
#Minggu Media Sosial Malaysia
#MSMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan