awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minggu Solidariti Palestin: KPM tunggu laporan lengkap dakwaan ada unsur ekstremisme

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/10/2023
08:55 MYT
Minggu Solidariti Palestin: KPM tunggu laporan lengkap dakwaan ada unsur ekstremisme
Fadhlina berkata, setakat ini siasatan sedang dijalankan dan pihaknya memberi jaminan ia akan dijalankan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.- Gambar fail/Bernama
NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu laporan lengkap berhubung program solidariti Palestin yang didakwa berunsur ekstremisme di sebuah sekolah semasa menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, setakat ini siasatan sedang dijalankan dan pihaknya memberi jaminan ia akan dijalankan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.
"Ia masih dalam siasatan. Kita masih tunggu laporan daripada pihak jabatan untuk memastikan (dakwaan) tetapi saya sudah arahkan dan mesti ada laporan, mestilah menyeluruh sebelum kita ambil apa-apa tindakan," katanya.
Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal hadir merasmikan Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka, Nibong Tebal Pulau Pinang pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata Minggu Solidariti Palestin di sekolah ini dibuat dalam tempoh yang terhad iaitu dari 29 Oktober hingga 3 November sahaja .
Jelasnya, program sedemikian adalah digalakkan kerana ia penting untuk menanamkan nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar dan murid.
Bagaimanapun pihaknya meminta semua pihak di bawah institusi pendidikan agar memberi perhatian penuh kepada garis panduan yang dikeluarkan KPM.
"Kita tidak kompromi unsur-unsur radikalisme, ekstremisme, keganasan dan replika senjata tidak dibenarkan sama sekali di kawasan sekolah. Jadi kita minta semua pihak khususnya yang di bawah institusi untuk berikan perhatian penuh kepada garis panduan yang telah kita keluarkan," katanya lagi.
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu tular terbabit yang turut mendapat bantahan dari segelintir ibu bapa yang meminta program solidariti itu tidak diteruskan kerana dianggap tidak sesuai.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Namun, KPM mengesahkan video berkenaan dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan pihak kementerian.
Topic Berkaitan
#minggu solidariti palestin
#Fadhlina Sidek
#perang Palestin Israel
#berunsur ekstremisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan