awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi bantuan kemanusiaan taufan Haiyan KP1M tiba di Tacloban

Bernama
Bernama
13/11/2013
23:00 MYT
Misi bantuan kemanusiaan taufan Haiyan KP1M tiba di Tacloban
Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) termasuk doktor dan petugas media Malaysia selamat tiba di bandar Tacloban pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) Rabu dalam menyampai misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan.
Penerbangan menggunakan dua pesawat Charlie C-130 yang membawa 30 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan mendarat di Lapangan Terbang Tacloban yang teruk musnah dan terjejas akibat taufan itu.
Keadaan pada waktu ketibaan adalah gelap kerana difahamkan bekalan elektrik terputus sejak bandar ini dilanda bencana alam itu Jumaat lepas.
Hanya beberapa lampu dipasang daripada bekalan elektrik yang diperoleh daripada beberapa set generator bagi tujuan penyelenggaraan kesemua bantuan daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.
Sekarang ini difahamkan lapangan terbang itu hanya menjadi pusat pengumpulan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia, selain menjadi tumpuan mangsa taufan dari kawasan berdekatan bagi mencari perlindungan, menunggu bantuan dan peluang dibawa keluar dari bandar ini.
Turut tiba bersama 30 sukarelawan yang diketuai Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ialah Angkatan Tentera Malaysia Inspektorat Kesihatan bagi menganalisis situasi semasa bagi tujuan bantuan lanjut.
Kelihatan ramai mangsa yang beratur menunggu bantuan dan difahamkan mereka juga menunggu untuk dibawa keluar dari bandar ini.
Selain masalah bekalan elektrik, akses kepada komunikasi juga adalah sangat terhad.
Para sukarelawan turut dinasihatkan anggota keselamatan di sini untuk terus bermalam di kawasan lapangan terbang demi keselamatan mereka.
Topic Berkaitan
#KP1M
#Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia
#taufan Haiyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan