Misi 'All Women Expedition to Antartika' (AWETA) untuk membawa pulang kapsul yang ditanam di Antartika pada 2004 mungkin berdepan kesukaran disebabkan perubahan muka bumi, kata Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, individu yang bertanggungjawab menanam kapsul itu.
Beliau berkata kedudukan kapsul itu mungkin telah berubah atau tenggelam selepas 14 tahun ditanam di Kutub Selatan.
"Secara jujurnya saya rasa hampir mustahil untuk tiga 'ratu ais' negara membawa pulang kapsul berkenaan walaupun itu antara misi utama ekspedisi ini dilakukan.
"Selain sudah tenggelam, kedudukan kapsul itu mungkin sudah berada dalam kawasan Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat kerana saya menanamnya dalam jarak satu kilometer dari pusat itu dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan misi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
Misi yang dijadual bermula pada 18 Dis ini hingga 3 Januari tahun hadapan itu melibatkan anggota Tentera Darat Malaysia Koperal Siti Jumaidah Bensali, 34, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Dalam Negeri Salehah Abu Nor, 33, dan ahli farmasi Nurul Atiqah Tamarun, 31 tahun.
Sharifah Mazlina bertindak sebagai mentor dan moderator. Turut hadir pada majlis pelepasan itu ialah Penaung AWETA Datuk Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah.
Menurut Sharifah Mazlina, pasukan itu akan tetap pergi ke lokasi kapsul itu ditanam dan mengambil gambar bersama kapsul terbaharu yang dibawa pada misi kali ini sebagai membuktikan usaha mereka untuk mencari dan membawa pulang kapsul berkenaan.
Mengenai misi menanam kapsul masa 2030 yang diserahkan Perdana Menteri yang dinamakan 'Semangat Malaysia Boleh Tun Dr Mahathir Mohamad', Sharifah Mazlina berkata hasrat itu terpaksa dilupakan kerana tidak mendapat kebenaran oleh pihak Antartika.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkenaan baru-baru ini bahawa mengikut Akta Antartika, tiada sebarang objek dibenarkan ditanam di kawasan itu.
"Namun, pihak sana memberi cadangan untuk kita membawa kapsul yang mengandungi mandat Perdana Menteri, Hishammuddin Zaizi dan saya untuk menangkap gambar ketika tiba di Kutub Selatan sebelum dibawa pulang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Dr Sharifah Mazlina (dua,kiri) bergambar bersama Kapsul Masa 2030 yang diberi nama 'Semangat Malaysia Boleh Tun Dr Mahathir Mohamad' di KLIA pada Khamis. - Foto BERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Misi bawa pulang kapsul dari Antartika sukar - Sharifah Mazlina
Misi AWETA untuk membawa pulang kapsul yang ditanam di Antartika pada 2004 mungkin berdepan kesukaran disebabkan perubahan muka bumi, kata Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.