Misi FFC: 7 delegasi Malaysia telah bertemu peguam, semua selamat - MyCARE

Kamarul Zaman berkata, dua lagi delegasi dijangka akan bertemu peguam pada petang Khamis bagi melengkapkan proses guaman. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tujuh daripada sembilan delegasi Malaysia yang ditahan tentera Israel semasa menyertai misi kapal kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah bertemu dengan peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) yang mewakili mereka.
Ringkasan AI
- Tujuh daripada sembilan delegasi Malaysia yang ditahan tentera Israel semasa misi kapal kemanusiaan Freedom Flotilla telah bertemu dengan peguam ADALAH, manakala dua lagi dijangka bertemu peguam pada petang Khamis.
- Kesemua delegasi dilaporkan berada dalam keadaan selamat, walaupun ada yang mengalami keganasan semasa pemintasan, dan peguam telah menuntut untuk hadir dalam setiap sesi perbicaraan tribunal.
- Perbicaraan dijadual berlangsung dalam dua hari melibatkan tiga Ahli Parlimen Turkiye, sementara urusan penghantaran pulang rakyat Malaysia sedang diusahakan.
“Malam tadi peguam telah berjumpa dengan sebahagian besar delegasi. Tak dapat jumpa semua dan awal pagi ini, dia (peguam) akan terus bertemu mereka lagi. Insya-Allah.
“Setakat ini laporan kami terima sembilan orang delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media taklimat terkini MyCARE di Seri Kembangan pada Khamis.
Mengulas lanjut, katanya urusan penghantaran pulang semua rakyat Malaysia sedang diusahakan.
Jelas beliau lagi, perbicaraan tribunal dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua hari dari sekarang, melibatkan tiga Ahli Parlimen Turkiye.
Menurut Kamarul Zaman lagi, peguam yang mewakili kesemua delegasi telah menuntut untuk hadir dalam setiap sesi perbicaraan tribunal.
“Peguam akan memberikan maklumat terkini sebaik sahaja dibenarkan berkomunikasi semula. Buat masa ini, mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam penjara,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami