awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi FFC: 'Israel boleh tahan aktivis, namun perjuangan untuk Palestin tidak akan berhenti' - MyCARE

Faida Rahim
Faida Rahim
12/10/2025
10:10 MYT
Misi FFC: 'Israel boleh tahan aktivis, namun perjuangan untuk Palestin tidak akan berhenti' - MyCARE
Kamal Nasharuddin berkata, perjuangan ini bukan sekadar misi kemanusiaan, tetapi satu usaha berterusan untuk memerdekakan Palestin yang telah dijajah selama 76 tahun. - Gambar fail
SEPANG: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menegaskan bahawa perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel akan diteruskan tanpa henti walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Ringkasan AI
  • MyCARE menegaskan perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel akan diteruskan tanpa henti, bukan sekadar misi kemanusiaan tetapi usaha berterusan untuk memerdekakan Palestin yang telah dijajah selama 76 tahun.
  • Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha menyatakan bahawa kejayaan misi flotila tidak semestinya memerlukan kehadiran fizikal di Gaza, sebaliknya kesedaran global yang tercetus sudah menjadi pencapaian besar.
  • MyCARE akan terus berada di barisan hadapan perjuangan, menyifatkan setiap usaha dan suara sebagai simbol keberanian menentang kezaliman, walaupun berdepan tindakan penahanan kapal dan aktivis oleh Israel.

Pengerusinya, Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha, berkata perjuangan ini bukan sekadar misi kemanusiaan, tetapi satu usaha berterusan untuk memerdekakan Palestin yang telah dijajah selama 76 tahun.
"MyCARE percaya bahawa perjuangan membebaskan negara Palestin bukan hanya terhenti setakat ini, malah kita tidak akan berhenti berjuang untuk memerdekakan Palestin yang telah dijajah Israel selama 76 tahun.
"Israel boleh menahan kapal, memenjarakan aktivis kita, namun gelombang flotila ke Gaza akan terus berlayar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 4 petang tadi.
Beliau menjelaskan bahawa kejayaan misi tidak semestinya memerlukan kehadiran fizikal di Gaza, sebaliknya kesedaran global yang tercetus sudah menjadi satu pencapaian besar.
Menurutnya, apabila dunia mula memerhati dan masyarakat antarabangsa resah tentang nasib rakyat di Gaza, objektif misi berkenaan telah tercapai.
MyCARE menegaskan bahawa setiap usaha, suara dan langkah yang diambil adalah simbol keberanian menentang kezaliman, dan pihaknya akan terus berada di barisan hadapan perjuangan ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Genosid Gaza
#misi FCC
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami