Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan mengadakan misi galakan pelancongan ke wilayah Guangzhou, Heilongjiang dan Shandong di China sebagai usaha mengetengahkan produk dan perkhidmatan pelancongan Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata misi menerusi program 'Xplore Johor' yang diketuai beliau dengan delegasi seramai 12 orang akan bermula daripada 23 hingga 30 Jun ini.
"Misi khusus program ini adalah mempromosikan pelancongan Johor di bandar-bandar peringkat kedua seperti bandar raya Shandong dan Heilongjiang yang mempunyai populasi seramai 140 juta hingga 160 juta orang.
"Faktor ekonomi penduduk di bandar tersebut dilihat berkemampuan kerana kos sara hidup yang tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan bandar-bandar utama di China," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Buletin Xplore Johor dan berbuka puasa bersama media, di sini malam tadi.
Tee berkata antara program yang dirangka pada misi itu termasuk seminar Xplore Johor bagi mempromosikan pelancongan Johor kepada penggerak industri pelancongan China.
Beliau berkata kerajaan negeri dan Tourism Johor turut mengambil kesempatan kemudahan penerbangan terus AirAsia dari Johor Baharu-Guangzhou yang dilancarkan 30 Mei lepas untuk menarik lebih ramai pelancong China khususnya Guangzhou ke negeri ini.
Katanya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, seramai 3,056 orang penumpang telah menggunakan perkhidmatan penerbangan AK1395 dari Guangzhou-Johor Baharu sejak 29 Mei hingga semalam.
Sementara itu, mengenai Buletin Xplore Johor berkenaan, Tee berharap ia dapat mempertingkatkan kepekaan mengenai ikon pelancongan Johor sebagai destinasi percutian ideal untuk dilawati oleh pelancong domestik dan antarabangsa.
Beliau berkata buletin bulanan yang diedarkan kepada orang ramai dan premis termasuk hotel itu turut berperanan sebagai medium mempromosi produk pelancongan Johor dengan setiap naskhah buletin disertakan baucar yang menawarkan diskaun ke atas produk pelancongan.
"Sebagai contoh, buletin Xplore Johor edisi pertama bulan ini disertakan baucar yang menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi mengunjungi taman tema Austin Heights, di sini," katanya.
Bernama
Thu Jun 16 2016
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong menunjukkan Buletin Explore Johor pada majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan Pelancaran Buletin Explore Johor, semalam. - Gambar Bernama
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Misi galakan pelancong ke China untuk promosi pelancongan Johor
Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan mengadakan misi galakan pelancongan ke Guangzhou, Heilongjiang dan Shandong sebagai usaha mengetengahkan produk dan perkhidmatan pelancongan negeri tersebut