awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/06/2021
06:35 MYT
Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui
Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui. Beginilah keadaan di salah satu sudut rumah berkenaan. - JBPM
IPOH: Misteri bau busuk di dalam sebuah rumah di Taman Sri Sayang, dekat sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas ditemui terbaring di ruang dapur rumah berkenaan hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai perkara itu kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengatakan terdapat bau busuk dari dalam rumah berkenaan.
“Pihak bomba menghubungi polis untuk tindakan kebenaran membuka pintu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut jurucakap itu lagi, selepas dibuka menggunakan peralatan khas, didapati terdapat seorang mangsa terbaring di bahagian dapur.
Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#warga emas
#mayat
#bau busuk
#aduan jiran
#JBPM
#polis
#PDRM
#taman sri sayang
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan