awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk terjawab dengan penemuan mayat lelaki

Bernama
Bernama
08/05/2017
15:33 MYT
Misteri bau busuk terjawab dengan penemuan mayat lelaki
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan keseluruhan anggota badan telah membengkak.
"Mayat mangsa ditemui di bilik tidur dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah pergelangan tangan diikat dengan wayar pengering rambut dan kabel pengecas telefon bimbit.
"Kami tidak dapat mengesan kecederaan pada luaran badan kerana keadaan mayat mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang 4 hari lepas,"katanya ketika dihubungi.
Chong berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Sarawak itu menyewa di kediaman berkenaan seorang diri.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Sri Permaisuri
#bau busuk
#mayat
#Misteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan