KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Ini kerana kebanyakan pelaburan dari Korea Selatan adalah dalam sektor kimia dan petrokimia, yang merupakan salah satu sektor tumpuan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata daripada 11 sektor keutamaan, sektor bahan kimia telah dikenal pasti sebagai salah satu sektor berimpak tinggi, pertumbuhan tinggi yang akan menyumbang kepada sasaran keseluruhan NIMP 2030.
"Pasaran bahan kimia khusus adalah besar. Dan terdapat peluang untuk Malaysia menguasai perniagaan itu dengan mengeluarkan bahan kimia khusus di dalam negara, menguasai permintaan pasaran domestik dan peluang eksport.
"Strategi kami juga ada dalam Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030, yang menyasarkan industri kimia Malaysia berada di kedudukan pertama di Asean dari segi aliran masuk FDI menjelang 2030," kata beliau berucap sempena pelancaran ibu pejabat serantau OCI Holdings baharu di sini hari ini.
Pada tahun 2023, sumber utama FDI negara adalah dari Singapura, Amerika Syarikat, China dan Jepun.
Tengku Zafrul berkata secara kolektifnya sejak 2017, OCI Malaysia (OCIM) dan rakan usaha samanya telah memberikan komitmen hampir RM16 bilion di Malaysia.
"Kami menghargai sokongan anda dalam membantu kami membangunkan hubungan industri yang lebih besar di dalam dan luar negara.
"Kami juga menghargai pelaburan terbaharu OCIM berjumlah RM7 bilion, yang mana saya dimaklumkan akan digunakan untuk menghasilkan silikon polihabluran untuk semikonduktor dan sel solar serta epiklorohidrin (ECH).
"Pengilangan ECH di Malaysia akan mengukuhkan rantaian nilai pembuatan epoksi, menyumbang ke arah meningkatkan daya saing industri kimia di Malaysia," katanya.
OCI Holdings, syarikat tenaga dan kimia yang berpangkalan di Korea Selatan mengumumkan pembukaan rasmi ibu pejabat serantaunya di sini, menandakan satu pencapaian penting dalam komitmennya untuk mengembangkan kehadiran syarikat di rantau ini.
Pengerusi OCI Holdings Lee Woo Hyun berkata pejabat baharu OCI M Sdn Bhd terletak di hab ekonomi yang berkembang maju di Asia Tenggara dan akan berfungsi sebagai pusat penting bagi operasi syarikat, memudahkan kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkepentingan, rakan kongsi dan pelanggan di seluruh rantau ini.
Tengku Zafrul berkata langkah OCI Holdings itu mengesahkan daya tarikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan asing dan menekankan keyakinan yang dimiliki syarikat global dalam ekonomi, infrastruktur dan tenaga kerja mahir.
"Ia menunjukkan keupayaan negara kita untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk syarikat berkembang maju, berinovasi dan mengembangkan operasi mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Tengku Zafrul berkata daripada 11 sektor keutamaan, sektor bahan kimia telah dikenal pasti sebagai salah satu sektor berimpak tinggi, pertumbuhan tinggi yang akan menyumbang kepada sasaran keseluruhan NIMP 2030. - Gambar fail/Astro AWANI
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.