awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN sarankan pengguna kemas kini MySejahtera dengan kadar segera

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2022
15:18 MYT
MKN sarankan pengguna kemas kini MySejahtera dengan kadar segera
Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini. - Twitter Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Orang ramai disarankan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan kadar segera.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, terdapat ciri baharu yang boleh dimanfaatkan pengguna menerusi kemas kini versi terbaharu itu.
“Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini,” jelas MKN.
View this post on Instagram
A post shared by MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@mkn_rasmi)
Untuk makluman, MySejahtera kini ditambah baik dengan membolehkan anda mengesan empat jenis penyakit berjangkit lain iaitu Demam Denggi, Rabies, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta Demam Campak.
Dengan penambahbaikan ini, orang awam bolehlah jalankan aktiviti harian dan rancang perjalanan diluar dengan lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.
Ikut langkah ini jika ingin menikmati pengalaman lebih baik dengan kemas kini terbaharu:
1) Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke tab MySejahtera
2) Pilih Infectious Disease Tracker
3) Masukkan lokasi anda atau lokasi yang ingin anda kunjungi di ruang Search
4) Anda kemudian boleh lihat senarai penyakit berjangkit beserta jumlah kes aktif di bahagian bawah.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19, akan diubah sebagai 'Infectious Disease Tracker'.
Ia bertujuan untuk melihat kawasan titik panas penyakit lain seperti rabies, demam campak, HFMD dan denggi.
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#penyakit berjangkit
#COVID-19
#Majlis Keselamatan Negara
#nfectious Disease Tracker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan