awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mlabs, Seacera bangunkan bersama projek dengan GDV RM156.46 juta di Pahang

Bernama
Bernama
26/03/2022
00:45 MYT
Mlabs, Seacera bangunkan bersama projek dengan GDV RM156.46 juta di Pahang
Mlabs Systems Bhd memeterai perjanjian usaha sama (JVA) dengan Seacera Builders Sdn Bhd untuk projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM156.46 juta di Pahang.
KUALA LUMPUR: Mlabs Systems Bhd memeterai perjanjian usaha sama (JVA) dengan Seacera Builders Sdn Bhd untuk projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM156.46 juta di Pahang.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat itu berkata JVA dibuat melalui anak syarikat tidak langsungnya, Ikhlas Al Dain Sdn Bhd.
"Pembangunan itu, di tanah rizab Melayu (MRL) di Kuantan, untuk membina 137 vila rumah percutian.
"Ribuan Bakat Sdn Bhd, yang merupakan pemilik berdaftar semua bidang MRL untuk pembangunan, telah memberikan hak tunggal dan eksklusif kepada Ikhlas untuk menjalankan pembinaan di tanah tersebut," menurut Mlabs.
Katanya Seacera, sebagai pemaju, bersetuju untuk membayar RM11.50 juta, bersamaan dengan nilai hak pembangunan, melalui pembayaran dalam bentuk barangan atau perkhidmatan melalui pemindahan mana-mana vila rumah percutian atau bangunan lain (jika ada) yang akan dibina di bawah projek tersebut.
Kumpulan itu berkata JVA yang dicadangkan itu boleh memberi peluang kepada Mlabs untuk membuka nilai hak pembangunan MRL.
"Selain itu, pemaju berada dalam kedudukan yang baik untuk melaksanakan pembangunan JVA yang dicadangkan itu berikutan ia mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang diperlukan dalam perniagaan pembangunan hartanah dan perniagaan yang berkaitan serta mampu menawarkan kepakaran teknikal, komersial, kewangan dan pengurusan," katanya.
JVA yang dicadangkan itu tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham pemegang saham yang besar, pendapatan sesaham, aset bersih dan tahap kadar hutang Mlab, untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.
Bagaimanapun, langkah itu dijangka memberi impak positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham daripada nilai hak pembangunan yang diterima daripada pemaju, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Mlabs Systems
#Seacera Builders
#Ikhlas Al Dain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan