ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Ogos 2026.
Ismail Lasim mulakan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan
Datuk Ismail Lasim hari ini, secara rasmi memulakan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kesembilan.
Ismail jawab tanda tanya Rais Yatim, tegas pelantikan MB ikut tatacara
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan tatacara pelantikannya sebagai Menteri Besar telah dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka melebihi 5.0 peratus pada 2026 - Penganalisis
Ekonomi Malaysia berkemungkinan kembali mencatatkan pertumbuhan melebihi 5.0 peratus tahun ini, disokong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
Polis kenal pasti individu disyaki terlibat kes juruterbang seludup dadah ke Indonesia
Individu berkenaan yang merupakan antara petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi dirakam keterangan.
Laporan RCI Tabung Haji: Dua direman bantu siasatan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan secara berasingan kira-kira pukul 7.00 malam dan 7.30 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Lagi rakyat Malaysia ditahan seludup dadah di lapangan terbang Indonesia
Suspek yang dikenali dengan singkatan DI ditahan sejurus tiba di Terminal 2 selepas menaiki penerbangan Batik Air OD352 dari Kuala Lumpur ke Surabaya.
Azizulhasni belum putuskan keputusan ke LA28
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang belum membuat keputusan sama ada akan meneruskan cabaran ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), sebaliknya mahu perkara itu dibincangkan secara terperinci bersama pihak berkepentingan.
Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring landskap ekonomi digital - Amir Hamzah
Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa penyiasat penipuan kewangan Richard Templeman, tidak dapat mengesan sama ada dana sebanyak AS$620 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipulangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke akaun Tanore Finance Corporation (Tanore) kemudiannya disalurkan kembali kepada bekas perdana menteri tersebut.
222 motosikal RXZ disita dipulangkan kepada pemilik - Polis Terengganu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu selesai menyerahkan semula 222 motosikal yang disita melibatkan peserta RXZ Members 8.0 selepas semua proses dokumentasi dan pengeluaran saman disempurnakan mengikut prosedur.