Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang menjalankan proses pemutihan dengan mengemas kini data penerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara dalam memastikan bantuan subsidi benar-benar sampai kepada golongan sasar.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha itu bertujuan untuk mengelak berlakunya ketirisan dalam pemberian subsidi berkenaan sekali gus dapat meningkatkan bekalan beras negara.
"Saya harap untuk data tahun depan, kita akan dapat kemas kini satu data yang lebih 'genuine' supaya tidak berlaku lagi apa yang dikatakan ketirisan dalam pemberian subsidi ini.
"Tetapi saya nak beritahu ia bukan mudah (kemas kini data) kerana apabila melibatkan petani dan orang kampung, kita perlu cermat...untuk kita dilihat membantu mereka dan kita tidak boleh berkasar dengan terus menguatkuasakan sesuatu.
"Ia perlu ada perjumpaan, perundingan dan perjumpaan dengan golongan itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2018 yang dikeluarkan pada Isnin, ada pesawah yang sudah meninggal dunia 40 tahun lalu menjadi antara 7,061 individu yang dikesan masih tersenarai sebagai penerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara.
Laporan itu turut mendedahkan ia mengesan antara 3,210 hingga 7,061 pesawah sudah meninggal dunia masih menerima subsidi dan insentif setiap musim berjumlah RM57.92 juta.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata sejak menerajui kementerian itu pada 20 Mei tahun lalu, beliau telah meneliti semua fakta berkaitan skim berkenaan sebelum mengarahkan proses pemutihan dilaksanakan.
"Kalau seseorang petani sudah meninggal dunia kita nak lihat siapa warisnya, jumlah atau keluasan tanah dan jumlah subsidi yang diterima.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

SALAHUDDIN: Kita perlu cermat... untuk kita dilihat membantu mereka dan kita tidak boleh berkasar dengan terus menguatkuasakan sesuatu. - Gambar fail

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

MetMalaysia: Hujan lebat di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat.

AWANI Ringkas: Jenazah Tun Dr Mohamed Salleh selamat disemadikan

Kuasa pentadbiran agama Islam kekal milik negeri dalam tempoh darurat
Perbezaan elemen ketetapan jemaah masjid, sungguhpun terlihat kecil namun ia simbol pancaran bidang kuasa negeri dalam hal ehwal agama Islam di negara kita.

Video senaman, TikTok di pusat kuarantin: 'Bagus untuk moral pesakit' - Pakar perubatan
Pesakit COVID-19 melakukan senaman dan merakam video tarian tiktok bersama-sama di pusat kuarantin bukan satu masalah.

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.

#AWANIPagi Perkongsian bersama Tun Dr Mahathir Mohamad | 17 Januari 2021
Hujung-hujung minggu ini apa kata anda dengar perkongsian Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kesihatan. Selaku pakar perubatan, beliau juga kongsi pandangannya mengenai pandemik COVID-19 dengan penyampai #AWANIpagi. Saksikan 8.30 pagi Ahad ini.

Vaksin tidak cukup | Kerajaan AS, negeri salahkan satu sama lain
Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat kini menyalahkan satu sama lain atas bekalan vaksin COVID-19 yang tidak mencukupi di negara itu. Beberapa negeri mendakwa pentadbiran Trump menipu mengenai jumlah vaksin yang akan diedarkan, demi memulihkan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Angkat sumpah Biden | Kawalan keselamatan dilipat ganda di Washington DC
Kawalan keselamatan diperketatkan di ibu negara Amerika Syarikat, Washington DC sempena upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden pada 21 Januari ini. Kebanyakan kawasan yang secara tradisinya penting kepada perjalanan upacara tersebut, termasuk The National Mall, ditutup kepada orang awam kali ini.

Ciplak produk | Daftar cap dagang, kalau tidak mahu 'menangis'
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi mengelakkan kejadian seperti isu ciplak dan tiruan berlaku terhadap sesuatu produk.

Kerajaan sasar penghasilan beras tempatan kepada 75 peratus - Ronald Kiandee
Ronald berkata, dasar sedia ada ialah 70 peratus penghasilan beras tempatan, manakala bagi 30 peratus lagi diimport dari luar.

Kelulusan eksport bakal rancakkan industri beras Sarawak
Permintaan tinggi di pasaran luar perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil padi Sarawak untuk pasaran eksport.

Stok bekalan beras semasa negara melebihi keperluan - Timbalan Menteri
Kedudukan stok beras semasa negara adalah melebihi keperluan bulanan yang sepatutnya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Ketupat pulut hitam Kampung Awek kurang tempahan Aidilfitri kali ini
Keadaan sedikit berbeza apabila tempahan berkurangan disebabkan sambutan hari raya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia
Penduduk di kawasan kampung tersebut sukar untuk mendapatkan bekalan makanan memandangkan kedudukan kampung di kawasan pedalaman.

'ATM Beras' alternatif atasi masalah kekurangan bekalan, bayaran fidyah
Inisiatif terbabit mampu dijadikan penyelesaian kepada masalah pembayaran Fidyah yang kini telah dikembangkan kepada pengoperasian sepanjang tahun dan tidak hanya berfokus pada bulan Ramadan sahaja.

PKPB: MKN gariskan SOP bagi operasi sektor pertanian, industri asas tani
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.

KPDNHEP Sarawak diminta pastikan bekalan makanan mencukupi
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata stok barangan penting seperti beras, gula, minyak masak dan tepung perlu cukup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.

COVID-19: Satu jenama beras tiada, tidak bermaksud semua beras tiada - Ismail Sabri
Tinjauan Jawatankuasa Khas Bekalan Makanan di 27 pasaraya mendapati, bekalan makanan asas masih boleh didapati dengan mudah.