Model baharu bagi menggantikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Khas yang dianggotai tujuh kementerian lain selewat-lewatnya hujung September ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata, hanya selepas itu model berkenaan akan dibawa ke peringkat jemaah menteri.
"Mesyuarat pertama telah diadakan pada 17 Julai lalu dengan disertai tujuh kementerian lain iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Selepas hasil (model menggantikan Bernas) dibentangkan di peringkat jawatankuasa, kita akan bawa ke peringkat jemaah menteri kerana mungkin ada akta yang perlu dipinda," katanya selepas menghadiri taklimat bersama Timbalannya, Sim Tze Tzin di ibu pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, pada Isnin.
Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata sebuah pasar raya FAMA akan dibina di Shah Alam selewat-lewatnya hujung tahun depan bagi memasarkan produk keluaran usahawan FAMA.
"Projek perintis (pasar raya) diperlukan kerana jenama dan produk FAMA semakin mendapat sambutan rakyat.
"Pasar raya itu juga bertujuan meningkatkan lagi perkhidmatan kita kepada masyarakat dan kita jamin harga yang ditawarkan lebih rendah daripada pasaran biasa," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 23 2018
SALAHUDDIN: Mungkin ada akta yang perlu dipinda. -BERNAMA/Fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
BERNAS menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan 38 peratus.
AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) muncul pemenang Anugerah Platinum Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022.
Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari
Bantuan khas BERNAS akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
[LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa
Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas PM merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya.
Dewan Rakyat: NAFAS dilantik pemborong tunggal insentif benih padi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan sebagai pemborong tunggal di bawah program Insentif Benih Padi Sah untuk membuat pembekalan terus kepada pesawah.
Kami tidak pernah abai kepentingan rakyat - Bernas
Pemantauan kilang-kilang padi swasta bukanlah di bawah bidang kuasa Bernas dan kami tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan dalam urusan operasi dan urusniaga mereka.