awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modul khas berkaitan gempa bumi wajar diwujudkan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/03/2018
10:43 MYT
Modul khas berkaitan gempa bumi wajar diwujudkan
Pemeriksaan ke atas struktur bangunan juga perlu dilakukan bagi memastikan kerosakan berikutan kejadian gempa bumi itu dapat dikenal pasti. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Kerajaan wajar memperkenalkan satu modul khas bagi tujuan memberikan kesedaran berhubung kejadian gempa bumi khususnya di Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, modul khas berkenaan perlu diperkenalkan agar orang ramai tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kejadian gempa bumi.
Menurut beliau, untuk menerapkan kesedaran mengenai gempa bumi ia perlu dimulakan di peringkat sekolah dengan memperkenalkan satu modul khas bagi memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bencana itu.
"Sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu modul khas melalui pendidikan agar orang ramai tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kejadian gempa bumi.
"Orang ramai juga perlu sentiasa bersedia setiap masa dan perlu tahu menyelamatkan diri dengan berlindung di kawasan selamat sekiranya berlaku kejadian ini,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, hari ini.
Tambah beliau pemeriksaan ke atas struktur bangunan juga perlu dilakukan bagi memastikan kerosakan berikutan kejadian gempa bumi itu dapat dikenal pasti.
"Kerajaan juga perlu memandang isu ini sebagai salah satu keutamaan selain bencana alam yang lain seperti banjir," katanya.
Dalam majlis sama beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500, 000 bagi menaiktaraf dewan SMK Tebobon selain turut menyumbangkan lebih 300 kalkulator.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#gempa bumi
#modul khas
#pelajar
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan