awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF nafi dakwaan pembelian RON95 dihadkan sekali sehari

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2025
12:45 MYT
MoF nafi dakwaan pembelian RON95 dihadkan sekali sehari
Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik untuk membeli RON95 sehingga 300 liter sebulan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaaan pembelian minyak RON95 dihadkan kepada sekali sehari.
Dalam satu kenyataan, MoF menjelaskan, Kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.
“Walaupun Kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.
“Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut,” jelas kenyataan itu merujuk kepada beberapa artikel media yang telah melaporkan secara tidak tepat bahawa Kerajaan akan melaksanakan dasar sedemikian.
Dalam isu berasingan MoF menjelaskan, sistem subsidi petrol RON95 yang disasarkan khusus untuk rakyat Malaysia, telah direka dan diteliti agar proses itu tidak menyulitkan rakyat, malah memberi manfaat kepada penerima.
Bagi melindungi kesejahteraan rakyat, Kerajaan MADANI akan memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi sebanyak RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.60 seliter.
Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik untuk membeli RON95 sehingga 300 liter sebulan.
Topic Berkaitan
#BUDI MADANI
#Kementerian Kewangan
#RON95
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan