PUTRAJAYA : Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia Sesi Ke-55 di Geneva, Switzerland selama dua hari, bermula Selasa.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Ahli Parlimen Kimanis itu berkata, delegasi Malaysia juga akan menghadiri Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata.
“Semasa lawatan kerja ini saya akan menyampaikan ucapan di Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia Sesi Ke-55 pada 27 Februari 2024 jam 12:18 P.M. (7:18 P.M. waktu Malaysia) dan Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata pada 28 Februari 2024 jam 10:30 A.M. (5:30 P.M. waktu Malaysia).
“Saya juga dijadualkan akan bertemu dengan beberapa rakan sejawat di sela-sela mesyuarat tersebut,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan susulan, Wisma Putra berkata, Malaysia akan mengetengahkan kemajuan yang telah dicapai dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.
Pada masa yang sama, menurut kenyataan itu lagi, Malaysia juga akan menyuarakan sokongan padu negara terhadap pembelaan hak asasi rakyat Palestin, usaha memerangi Islamofobia, cabaran-cabaran negara dalam menghadapi permasalahan berkaitan pelarian dan pemohon suaka, keperluan untuk menambah baik proses kerja di Majlis Hak Asasi Manusia dan pengukuhan kerjasama Malaysia dengan Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia di Geneva.
Di Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata pula, Wisma Putra berkata, Malaysia akan menekankan keperluan untuk masyarakat antarabangsa supaya menyegerakan pelupusan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), agar matlamat supaya satu dunia bebas dari senjata WMD dapat dikecapi.
“Dalam pada itu, Malaysia akan menggesa Persidangan tersebut supaya segera mencapai kata sepakat ke atas Program Kerja bagi tahun 2024 agar dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Badan Rundingan mengenai pelucutan senjata dengan berkesan.
"Kedua-dua segmen ini adalah antara mesyuarat-mesyuarat utama di Geneva pada tahun 2024. Penyertaan YB Timbalan Menteri Luar Negeri adalah selari dengan peranan aktif Malaysia di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam mempromosi hak asasi manusia dan keselamatan dan keamanan sejagat,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu Wisma Putra berkata, Mohamad juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Geneva bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
Antara lainnya, termasuklah bertukar-tukar pandangan bagi mengukuhkan mekanisme hak asasi manusia, pemberian bantuan kemanusiaan dan mengaktifkan semula Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata.
Firdaus Azil
Tue Feb 27 2024
Wisma Putra Berkata, Mohamad juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Geneva bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama. - Gambar: FB Mohamad Alamin
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Malaysia sertai Persidangan Kaherah Peringkat Menteri berhubung krisis Gaza
Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Malaysia sudah salur RM44.7 juta, 5,000 tan bantuan kepada Palestin
Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin, termasuk di pentas-pentas antarabangsa seperti UNGA dan OIC.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Hubungan dua hala Malaysia-Uganda terus diperkukuh
Isu dua hala antara Malaysia dan Uganda terus diperkukuhkan termasuk meneroka bidang lain yang mampu memperhebat hubungan kedua-dua negara.
BRICS: Kementerian Luar pastikan kepentingan negara terjaga, terpelihara
BRICS mengamalkan dasar tidak mempengaruhi dan mencampuri hal-hal dalaman negara-negara anggotanya.
Malaysia akan terus suarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan
Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu di lautan tersebut dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.
Malaysia-Jepun komited perkukuh perkongsian strategik komprehensif
Malaysia dan Jepun menggariskan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
Pengukuhan komuniti ASEAN ke arah rantau berdaya tahan - Mohamad Alamin
Pengukuhan komuniti ASEAN adalah penting kearah pembentukan rantau yang berdaya tahan dan kesalinghubungan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Pemerdagangan manusia: 90 peratus bukan mangsa sebaliknya terlibat jenayah penipuan di luar negara
Kira-Kira 90 peratus rakyat Malaysia yang dikatakan menjadi mangsa pemerdagangan manusia didapati bukanlah mangsa sebenar sebaliknya terlibat dalam sindiket jenayah penipuan di luar negara.