KUCHING: Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 16 Nov ini hingga 15 Nov 2025.
Hantaran di laman rasmi Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini memaklumkan lantikan kali kesembilan Mohamad Asfia bagi jawatan itu susulan lantikan kali kelapan Speaker DUN berkenaan bakal tamat 15 Nov ini.
"Istiadat mengangkat sumpah Mohamad Asfia di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah berlangsung di kediaman rasmi beliau hari ini.
"Dalam istiadat itu, Tan Sri Mohamad Asfia turut menandatangani surat sumpah sebagai Speaker DUN Sarawak untuk tempoh dua tahun," menurut hantaran itu.
Terdahulu, majlis turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Hadir sama Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang dan Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Saferi Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Lantikan kali kesembilan Mohamad Asfia bagi jawatan itu susulan lantikan kali kelapan Speaker DUN berkenaan bakal tamat 15 Nov ini. - Gambar Bernama
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Mohamad Asfia dilantik semula sebagai Speaker DUN Sarawak
Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 16 Nov ini hingga 15 Nov 2025.
Speaker DUN Sarawak akan maklumkan SPR kekosongan kerusi N67 Jepak
Idris berkata, adalah menjadi tanggungjawab Mohamad Asfia mengemukakan notis kepada SPR tentang kekosongan itu.
Proklamasi Darurat: Ordinan baharu khusus untuk Sarawak - Speaker DUN
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 bukan lanjutan daripada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang dilaksanakan di seluruh negara.
DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker
Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
SPR tunggu pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu.