KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-22 berkuat kuasa 6 September 2023.
Mohammad mengambil alih jawatan nombor satu dalam ATM itu daripada Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang bersara pada Rabu.
Majlis serah terima tugas Panglima ATM berkenaan disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mohammad, 59, dilahirkan di Machang, Kelantan pada 15 Mac 1964 telah dilantik sebagai PTD yang ke-29 pada 22 Mac tahun ini.
Beliau telah ditauliahkan sebagai seorang pegawai muda dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Julai 1987.
Beliau juga merupakan graduan dari Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, selain memegang Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dari University of Canberra, Australia dan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antara jawatan penting lain yang pernah disandang Mohammad ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Panglima Latihan Tentera Darat dan Pemangku Pengarah Operasi Domestik di Markas Angkatan Bersama.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan ketika berucap dalam majlis itu menegaskan ATM perlu menjadi angkatan bersepadu, tangkas dan fokus.
Mohamad juga mahu ATM mampu bertindak terhadap ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
Tegas beliau, kesiapsiagaan itu penting terutamanya dalam berhadapan persekitaran keselamatan yang dinamik dan tidak menentu kebelakangan ini.
“Rakyat amat mengharapkan sebuah angkatan bersenjata yang benar-benar utuh dan siap siaga serta mampu mengharungi apa jua bentuk ancaman yang mendatang.
“Sebagai perisai pertahanan negara, pengukuhan pertahanan ATM mesti dilakukan secara komprehensif bgi melindungi kepentingan negara.
“Ia terutamanya dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah kita,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.
Turut hadir pada majlis itu Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Astro Awani
Wed Sep 06 2023
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kanan) dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-22 berkuat kuasa 6 September 2023.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.