KUALA LUMPUR:Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang baharu, berkuat kuasa 8 Februari 2021 sehingga 7 Februari 2024.
Beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Husaini Omar yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) pada 1 Februari lalu.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Dr Mohammad Shatar, 54 tahun, mempunyai diploma dalam bidang General Studies di Indiana University of Bloomington, Amerika Syarikat.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Community and Regional Planning di Iowa State University.
Beliau juga memiliki Ijazah Kedoktoran dalam bidang Leadership and Community Development
di University of Missouri Amerika Syarikat.
Dr. Mohammad Shatar memulakan karier dalam bidang pendidikan di Jabatan Sains Sosial, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1994 sebagai tutor, sebelum dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan di fakulti yang sama dari tahun 1999 hingga 2004.
Seterusnya beliau dilantik ke jawatan Profesor Madya pada tahun 2008 dan ke jawatan Profesor pada tahun 2013.
Dalam tempoh itu, beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dari tahun 2006 hingga 2013.
Beliau kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM pada 15 Mac 2013 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Februari 2017.
Dr. Mohammad Shatar telah menerima pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara, antaranya Extra Ordinary Performance Award daripada Iowa State University; Anugerah Emas, Inovasi dan Penyelidikan Dalam Kaunseling 2010; Anugerah Outstanding Contributions to Education 2017 dari The Golden Globe Tiger Awards; dan Anugerah International Education Awards 2018 (IEA ‘18) daripada Ink. Edu Media.
Beliau juga memiliki kepakaran khusus dalam bidang kepimpinan dan pembangunan komuniti serta telah menerbitkan lebih 40 buah buku.
Beliau juga telah menerbitkan lebih dari 171 penerbitan dalam bentuk jurnal, buku, modul dan artikel berkaitan bidang tersebut.
Noraini dalam pada itu yakin pelantikan beliau akan terus memacu transformasi MQA ke arah pencapaian visi sebagai agensi berautoriti global dalam kelayakan dan jaminan kualiti pendidikan tinggi.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021
Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang baharu, berkuat kuasa 8 Februari 2021 sehingga 7 Februari 2024.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
CEO Kumpulan Encorp Berhad didakwa pecah amanah lebih RM1 juta
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 dan semua syarat tambahan yang dipohon serta menetapkan sebutan semula pada 7 Jan depan.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
CEO MADACorp mohon maaf tidak sambut salam Mohamad Sabu
Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp Abdullah Ismail memohon maaf berkenaan isu dia dikatakan tidak menyambut salam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada satu acara.
Sagar Sanjay dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations
Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations.
Muhtar Suhaili dilantik CEO baharu kumpulan EPIC
EPIC mengumumkan pelantikan Muhtar Suhaili sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu berkuat kuasa pada 17 April, 2024. Dalam kenyataan
Ibrahim Sani dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju
Ibrahim memiliki pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kewangan, perbankan, strategi, perisikan perniagaan, pasaran modal, dan juga media.
Zainariah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative baharu
Bekas Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam Yayasan Hasanah, Zainariah Johari dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Rozita Waty pangku jawatan CEO Finas mulai 1 Jun
Ia merupakan langkah penstrukturan semula yang akan melibatkan penjajaran semula terhadap dasar, program dan aktiviti industri kreatif.
HLBB lantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif mulai 1 Julai
Hong Leong Bank Bhd (HLBB) melantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai Pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Elon Musk umum akan letak jawatan CEO Twitter jika...
Jelasnya, susulan itu beliau hanya akan "menguruskan pasukan perisian dan pangkalan".