MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam mencadangkan agar kerajaan negeri mempelbagaikan mod sistem pengangkutan awam di negeri itu dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Beliau berkata penambahbaikan itu termasuk menaik taraf kemudahan berkenaan termasuk kepada golongan warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.
"Sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka terus menjadi tumpuan pengunjung apabila negara beralih ke fasa endemik dan melalui pemerhatian saya, kebanyakan pelancong cenderung memilih untuk menaiki kenderaan sendiri bagi mengunjungi kawasan-kawasan tarikan.
"Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu menarik minat orang ramai untuk menjadikan pengangakutan awam sebagai mod pengangkutan pilihan dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang ditawarkan," katanya ketika berucapan pada Hari Pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 2022 di Balai Istiadat Seri Negeri di sini hari ini.
Pada isitiadat sesi pertama penganugerahan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan beliau mendahului 347 senarai penerima.
Mohd Ali Rustam berkata selain itu, jumlah laluan dan frekuensi laluan bas perlu ditingkatkan agar tempoh menunggu dan akses laluan lebih relevan, sesuai dengan kehendak pengguna.
Beliau berkata Panorama Melaka turut disaran meningkatkan bilangan bas serta mencari peluang memudahkan akses kepada perkhidmatan penggunaan teknologi yang diintegrasi dengan perancangan perjalanan serta pembayaran digital.
Katanya, adaptasi pengangkutan mikromobiliti perlulah dijadikan satu daripada mod pengangkutan di Melaka sejajar dengan perubahan teknologi terkini dan pihak berkuasa tempatan perlu memudah cara penggunaan teknologi tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri diharap dapat menyegerakan pelaksanaan Projek Rintis Rangkaian 5G melibatkan 133 lokasi di negeri itu pada tahun ini dalam usaha merapatkan jurang digital.
"Saya menyambut baik peluang yang diberikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Digital Nasional Berhad dalam melaksanakan usaha ini seterusnya meningkatkan kualiti rangkaian," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam ucapan taat setia sempena istiadat berkenaan berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Rancangan boleh pinda Pertama tahun ini, Melaka telah menerima peruntukan berjumlah RM359 juta untuk pelaksanaan 169 projek.
Beliau berkata di bawah RMK12, Rancangan boleh pinda Kedua tahun ini pula, sebanyak 181 projek pembangunan dengan kos keseluruhan bernilai RM5.610 bilion telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM571 juta.
"Pada tahun hadapan pula, kita merancang dan menyusun semula projek sedia ada agar lebih menepati setiap kumpulan sasar terutama projek-projek secara penswastaan khususnya di Zon Pembangunan Ekonomi Persisiran Pantai Melaka atau M-WEZ.
"Selain itu, kita juga akan panjangkan permohonan projek kepada kerajaan persekutuan melalui permohonan Rancangan boleh pinda Keempat RMK12 bagi pelaksanaan 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Tun Mohd Ali Rustam memberikan tabik hormat kepada kawalan kehormatan Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Seri Negeri dekat Ayer Keroh, hari ini. - Bernama
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM diniaga pada kecendderungan meningkat menjelang data tanaman utama dikeluarkan minggu ini
Bagi minggu baru berakhir, pasaran kebanyakannya tinggi berikutan permintaan kukuh dari India.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka diniaga berhati-hati minggu ini
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa dijangka diniaga dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu ini
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan serta Pengurus Portfolio Bertauliah di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Apple dan Qualcomm yang meningkat di Wall Street baru-baru ini, dengan pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia, dijangka mengukuhkan sektor teknologi di bursa tempatan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Jenayah komersial naik 95.2%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Asyraf Roslan;
Tragedi kepada air: 6 dikhuatiri di Lembah Maksina
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
Tragedi kepada air: 6 dikhuatiri di Lembah Maksina
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN
Katanya, dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu.
KDNFC kecam tindakan individu, kumpulan serang pemain bola sepak
Insiden yang berlaku merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibendung dengan kadar segera.
Mohd Ali cadang pelbagaikan sistem pengangkutan awam di Melaka
Penambahbaikan itu termasuk menaik taraf kemudahan berkenaan termasuk kepada golongan warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.