awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Ali Tamby dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kelantan

Bernama
Bernama
29/08/2024
05:16 MYT
Mohd Ali Tamby dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kelantan
Ketua Polis Negara (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen daripada Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) kepada Pemangku Ketua Polis Kelantan Mohd Ali Tamby (kanan) hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Mohd Ali itu bagi menggantikan Ketua Polis Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara.
Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dengan disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin.
Sementara itu, Razarudin mengucapkan terima kasih kepada Muhamad Zaki atas perkhidmatan dan jasa beliau sebagai Ketua Polis Kelantan.
"Setiap daripada kita akan mengatur langkah seterusnya (pencen) dan membina hidup baharu bersama keluarga apabila meninggalkan pasukan ini.
"Saya percaya banyak penugasan dan komitmen yang telah diberikan beliau (Muhamad Zaki) sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Kelantan menjadi sandaran cemerlang untuk perkhidmatan PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Razarudin berkata beliau yakin Mohd Ali mampu menerajui barisan pimpinan polis Kelantan.
Sementara itu, Muhamad Zaki berkata sungguh berat dan sedih untuk meninggalkan perkhidmatan PDRM.
"Sungguh saya tidak dapat membayangkan apabila keluar daripada pasukan ini kerana separuh daripada hidup saya berkhidmat untuk PDRM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Ali Tamby
#dilantik pemangku Ketua Polis Kelantan
#Muhamad Zaki Harun
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan