Mohd Amirul Rizal kini Ketua Pengarah Tourism Malaysia

Mohd Amirul Rizal dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkuat kuasa 8 Disember lalu. - Foto Tourism Malaysia
PUTRAJAYA: Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, kini memikul amanah baharu sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia, berkuat kuasa 8 Disember lalu.
Ringkasan AI
- Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, kini memikul amanah baharu sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia, berkuat kuasa 8 Disember lalu.
- Dalam satu kenyataan pada Rabu, Tourism Malaysia memaklumkan bahawa pelantikan tersebut dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, selaras dengan peruntukan Seksyen 10(1) Akta 481 Tourism Malaysia 1992. Pelantikan ini turut menandakan kesinambungan kepimpinan selepas tamatnya tempoh perkhidmatan Datuk Manoharan Periasamy, yang bersara wajib pada 6 Disember.
- Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, seterusnya mengetuai Pejabat Negeri Tourism Malaysia Terengganu dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pejabat Luar Negeri Tourism Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada 2008 salah satu peranan penting yang memperkukuh jaringan promosi Malaysia di rantau Asia.
Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, seterusnya mengetuai Pejabat Negeri Tourism Malaysia Terengganu dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pejabat Luar Negeri Tourism Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada 2008 salah satu peranan penting yang memperkukuh jaringan promosi Malaysia di rantau Asia.
“Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Promosi Domestik dan Acara serta Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika), selain jawatan terkininya sebagai Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital,” menurut kenyataan itu.
Selain tugasan rasmi, Mohd Amirul Rizal turut memainkan peranan penting sebagai Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), sebuah misi nasional yang sedang giat mempersiapkan negara menghadapi kempen pelancongan terbesar dekad ini.
“Di samping tanggungjawab dalam organisasi, Mohd Amirul Rizal juga aktif dalam persatuan apabila dilantik sebagai Presiden Kelab Rekreasi Tourism Malaysia,” tambah kenyataan itu.
Dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam pemasaran dan promosi pelancongan, Tourism Malaysia yakin beliau mampu memacu pembangunan industri pelancongan negara, terutama menjelang penganjuran TMM2026 yang semakin hampir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


