awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Shah Alam baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2022
04:30 MYT
Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Shah Alam baharu
Mohd Iqbal (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Shah Alam dalam upacara serah terima tugas di IPD Shah Alam, pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu-Lintas), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Iqbal Ibrahim dinaikan pangkat kepada Asisten Komisioner dan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam baharu berkuat kuasa bermula Jumaat.
Mohd Iqbal, 41, menggantikan Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Selangor.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.
Mohd Iqbal dalam ucapannya berkata, Selangor bukan asing bagi beliau kerana pernah bertugas selama sembilan tahun di pelbagai daerah dan cawangan di negeri ini.
“Walau bagaimanapun, selari peredaran masa trend jenayah juga berubah dan besar harapan semua pegawai serta anggota IPD ini bekerjasama dengan saya agar urusan pentadbiran berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, Baharudin mengakui tugas di IPD Shah Alam memerlukan komitmen tinggi kerana satu cabaran berat menanti setiap Ketua Polis Daerah yang bertugas di sini.
“Namun, semuanya dapat ditangani dengan bimbingan Arjunadi yang penuh pengalaman dan berkaliber.
“Kejayaan juga hasil kerjasama dan sokongan kuat dari semua pegawai dan anggota polis IPD ini termasuk ketika kejadian bencana banjir di Sri Muda sebelum ini,” ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Mohd Iqbal Ibrahim
#Ketua Polis Daerah Shah Alam
#Baharudin Mat Taib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan