awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monopoli Bernas ditamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2018
11:10 MYT
Monopoli Bernas ditamatkan
SALAHUDDIN: Kabinet bersetuju untuk menamatkan monopoli Bernas. Terdapat hujah relevan yang dipersetujui untuk kita tamatkan monopoli. -Gambar fail
Monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) sebagai pengeluar beras negara akan dihentikan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata syarikat yang diberikan hak monopoli pengeluaran beras tempatan selama tiga hinga empat dekad itu dihentikan selepas hujah relevan dikemukakan kepada perdana menteri.
"Kabinet bersetuju untuk menamatkan monopoli Bernas. Terdapat hujah relevan yang dipersetujui untuk kita tamatkan monopoli.
"Selain Bernas, semua yang kita anggap monopoli akan disemak sama ada akan dikekalkan atau dirombak," katanya.
Sementara itu, Salehuddin berkata perdana menteri mengarahkan beliau menyediakan memorandum kepada Kabinet berkaitan kaedah memecahkan monopoli tersebut.
"Saya telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian berhubung dengan seluruh agensi bagi mengenal pasti beberapa model pengeluaran beras secara terbuka yang diamalkan negara luar.
Satu jawatankuasa juga akan ditubuhkan untuk memberi pandangan bagi memecahkan monopoli ini sebelum ianya akan dibandingkan sebelum memorandum muktamad dikemukakan kepada Kabinet," katanya.
Topic Berkaitan
#BERNAS
#hak monopoli
#Ketua Setiausaha Kementerian
#pengeluaran beras tempatan
#Salahuddin Ayub
#Syarikat Padi Beras Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan