KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini bakal berakhir pada 23 Mac sebelum fasa Peralihan Monsun pula bermula sehingga pertengahan Mei depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa peralihan itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang melanda negara sejak 7 November tahun lalu.
"Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di Pantai Barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak," menurut satu kenyataan pada Isnin.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu juga berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan peka dengan ramalan serta amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut," jelas kenyataan itu lagi.
Fareez Azman
Mon Mar 20 2023

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa Peralihan Monsun bermula 23 Mac sehingga pertengahan Mei depan. - Fail/BERNAMA

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Cuaca panas pengaruhi mental, emosi
Meskipun matahari boleh menyebabkan manusia lebih gembira dan selesa, mood itu akan bertukar sekiranya cuaca terlalu panas.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

'Cuaca lebih kering menjelang Ramadan'
Bagaimanapun, penyelidik meteorologi Dr Chung Jing Xiang berkata, cuaca hujan diramalkan akan kerap berlaku pada sebelah petang.

Johor dijangka terima hujan luar biasa sehingga akhir Mac akibat peralihan monsun
Johor pada masa kini, menerima kadar purata hujan 200 milimiter (mm), lebih banyak berbanding 100mm pada hari biasa.

Harga ikan dijangka pulih dua minggu lagi - Nekmat
Ketika ini nelayan tetap menangkap ikan namun hasil yang diperoleh berkurangan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November
Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini.

Tiada jerebu sehingga Jun - MetMalaysia
Monsun Barat Daya akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas yang mungkin menyebabkan berlakunya jerebu tempatan.

Peralihan monsun: Banjir kilat berpotensi berlaku di Johor
Banjir kilat berpotensi berlaku di seluruh negeri Johor berikutan peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei depan, menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Isu peralihan fasa monsun, sumber bahan mentah tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai kesiapsiagaan menghadapi fasa peralihan monsun akan diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

JPS nasihat orang ramai peka, siap sedia hadapi fasa peralihan monsun
Fasa tersebut yang dijangka bermula esok dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang.