KUCHING: Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan agensi itu telah bersedia dari segi kekuatan sumber manusia, aset logistik dan bantuan makanan.
"JPBNS menerusi agensi tindak balas seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan kekuatan sumber manusia seramai 5,501 dibantu dengan kekuatan aset logistik sebanyak 487 aset darat, 249 aset laut dan sungai, 12 aset udara dan 207 aset sokongan yang sentiasa berada di dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi fasa peralihan monsun ini.
"Dari segi bekalan bantuan bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah memastikan bekalan bantuan adalah mencukupi di semua depoh simpanan, setor pejabat dan juga di pangkalan hadapan," menurut kenyataan itu.
Menurut JPBNS, sebanyak 627 pusat pemindahan sementara sedia untuk digunakan dan dibuka pada bila-bila masa serta mampu menempatkan sehingga 162,091 mangsa.
Pada 19 Sept lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahawa Fasa Peralihan Monsun sudah bermula dan dalam tempoh itu, ribut petir lazimnya yang membawa hujan lebat serta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat selain kerosakan pada struktur tidak kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Sebanyak 627 pusat pemindahan sementara sedia untuk digunakan dan dibuka pada bila-bila masa serta mampu menempatkan sehingga 162,091 mangsa. - Foto fail/Astro AWANI

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan tidak berubah pagi ini
Keadaan dan bilangan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan tidak berubah pagi ini.

Pusat pemindahan kekal bencana akan diwujud segera di 9 negeri - Anwar
Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) akan diwujudkan segera, dengan projek rintis dimulakan di sembilan negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan berkurangan, Selangor kekal
Di Terengganu, banjir semakin pulih apabila hanya 40 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di tiga PPS.

Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat
Kelantan mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 531 mangsa di dari 144 keluarga, ditempatkan di tiga buah PPS di seluruh negeri.

Parlimen Tenggara tubuh sukarelawan CDA persediaan hadapi banjir
Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib berkata pihaknya menyasarkan penyertaan dalam kalangan penduduk daripada pelbagai peringkat umur.

Banjir di Terengganu, 12 PPS masih beroperasi
Seramai 621 mangsa daripada 147 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS di tujuh daerah setakat 8 pagi.

Banjir: Mangsa di Terengganu, Kelantan terus meningkat
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.
![[KOLUMNIS] Banjir memerangkap kemiskinan [KOLUMNIS] Banjir memerangkap kemiskinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700904629_TBBanjirTerenggan.jpg)
[KOLUMNIS] Banjir memerangkap kemiskinan
BANJIR sudah menjadi "acara- tahunan yang melanda negara dan kesannya telah menjejaskan kehidupan ribuan orang.

Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.