KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran untuk menyediakan mekanisme baharu berhubung pelaksanaan moratorium ketika negara diancam gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Pengarah Eksekutif Ringgit Plus, Hann Liew berpendapat, dua kaedah yang boleh dilakukan kerajaan pialah sama ada melanjutkan moratorium atau mengurangkan kadar bayaran pinjaman bulanan yang ditanggung pengguna.

Menurutnya, langkah itu dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung pengguna selepas terkesan dengan krisis kesihatan ini.

"Seramai enam juta peminjam telah memohon untuk melanjutkan moratorium dan perkhidmatan ini sudah ditawarkan di kesemua instituti perbankan

"Tetapi saya berharap agar perkara itu boleh dinikmati jumlah lebihan peminjan lain yang turut sama terkesan dengan melakukan dua kaedah iaitu melanjutkan moratorium atau menyediakan skim kurangkan kadar bayaran untuk beberapa bulan kemudian," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.

Kaji Selidik Literasi Kewangan Malaysia (RMFLS) 2020 semalam mendedahkan, sebanyak 16 peratus responden mengakui tidak bersedia menyambung semula bayaran balik pinjaman selepas tempoh moratorium berakhir pada September lalu.

Kaji selidik secara dalam talian itu melibatkan seramai 10,628 responden di seluruh negara merangkumi 51 peratus lelaki dan 49 peratus perempuan daripada pelbagai kumpulan demografi.

Dalam pada itu, Liew berkata, pihaknya berharap agar peruntukan lebih besar disediakan kepada Kementerian Pendidikan bagai menyelesaikan isu capai internet khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman.

"Memandangkan situasi sekarang sukar untuk melakukan sistem pembelajaran dan pengajaran (PdP), adalah lebih baik kerajaan menyediakan inisiatif itu bagi membolehkan pelajar mendapat kemudahan pendidikan meskipun berada dirumah.

"Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga antara insititusi yang diharapkan memperolehi peruntukan yang banyak bagi menanganis pandemik COVID-19," ujar beliau lagi.