PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan moratorium bayaran sewa kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diteruskan sehingga akhir 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah antara tanda kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan penghuni sedia ada di kawasan PPR.
“Sukacita saya maklumkan bahawa, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.
“Langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 ketua isi rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan kerajaan berjumlah RM18.84 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir di majlis pelancaran berkenaan ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia itu merupakan satu usaha penampan untuk rakyat yang memerlukan.
Beliau berkata, usaha KPKT itu khusus bagi Keluarga Malaysia yang mengalami kesusahan ekoran pandemik COVID-19.
Jelasnya lagi, sasaran untuk Rumah Ikram Keluarga Malaysia adalah mereka yang kehilangan atau kekurangan pendapatan, kehilangan pekerjaan, atau yang terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
“Saya difahamkan sebanyak 1,000 unit Rumah Ikram Keluarga Malaysia disediakan sebagai permulaan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa minimum, iaitu RM124 sebulan selama dua tahun.
“Saya optimis dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini, ia akan memberi manfaat kepada keluarga penerima Rumah Ikram Keluarga Malaysia,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, 1,000 unit rumah di 11 kawasan PPR seliaan KPKT tidak mencukupi untuk menjadi tempat pelindung Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.
Beliau berkata, keadaan itu disebabkan 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
“Justeru, setelah perbincangan antara KPKT dan Pihak Berkuasa Negeri, sukacita saya umumkan bahawa Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit.
“Ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah yang memerlukan,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, bagi mengurangkan tekanan dan bebanan kepada penerima manfaat berkenaan, mereka akan dikecualikan pembayaran sewa sehingga enam bulan pertama, bermula dari tarikh menerima kunci.
Pengecualian itu, jelasnya lagi, akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.
“Ini bagi membolehkan penerima manfaat, khususnya ketua isi rumah, dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Sep 24 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah antara tanda kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan penghuni sedia ada di kawasan PPR. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.